Trending
Jep Sepahtu Beri Respon Selepas Shuib Buat Permohonan Maaf, Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang
Jep Sepahtu mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib selepas mendakwa kenyataan pelawak itu mengandungi fitnah terhadap dirinya.
Intipati berita
- Jep Sepahtu ambil tindakan undang-undang terhadap Shuib selepas mendakwa kenyataan rakannya itu berunsur fitnah.
- Jep menegaskan tindakan tersebut dibuat atas nasihat peguam dan isu berkenaan bukan sekadar sindiran, tetapi fitnah terhadap dirinya.
- Tindakan itu dimaklumkan kurang sejam selepas Shuib memuat naik video permohonan maaf secara terbuka atas sindiran terhadap Jep ketika mengendalikan Dol’s Podcast.
- Konflik ini kembali menjadi perhatian selepas Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap Shuib dan Mamat, yang pernah bersama dengannya dalam kumpulan lawak Sepah.
Nampaknya, kemelut antara pelawak Jep Sepahtu dan Shuib masih belum menemui titik noktah apabila Jep mendedahkan bahawa dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap rakannya itu.
Menerusi satu hantaran ringkas, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menjelaskan tindakan tersebut dibuat atas nasihat peguam kerana menganggap kenyataan Shuib sebelum ini sebagai satu fitnah.
Apa respon Jep Sepahtu?
Tak lama selepas itu, Jep turut membalas video permohonan maaf Shuib yang mengatakan dirinya tekah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib.
Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan fasal sindir, ini fasal fitnah.
Shuib sebelum ini mohon maaf

Perkongsian Jep itu dibuat kurang sejam selepas Shuib memuat naik video memohon maaf secara terbuka kepadanya.
BACA: Shuib Akhirnya Bersuara, Berkali-Kali Mohon Maaf Kepada Jep Sepahtu
Dalam video berkenaan, Shuib mengakui kesilapan sendiri kerana mengeluarkan kata-kata sindiran terhadap Jep ketika mengendalikan program Dol’s Podcast.
Permohonan maaf itu dibuat selepas Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap cara Shuib dan Mamat mengendalikan podcast berkenaan.
