Trending
“Doakan Je Baik-Baik Untuk Aku Dan Anak” – Hantaran Terbaru Isteri Haqiem Stopa Raih Perhatian
Aireen, isteri Haqiem Stopa luah maruah diri dan anak jadi keutamaan, tak peduli dilabel ego.
Isteri kepada pempengaruh terkenal Haqiem Stopa, Aireen Sofia mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa hantaran di platform Threads yang mengundang tanda tanya.
Dalam hantaran itu, Aireen menulis dia tidak peduli jika ada warganet yang melabelnya ego asalkan maruah diri dan anaknya terbela.
“Nak cakap ego ke apa terpulang”

Tambah pempengaruh ini lagi, dia hanya memohon dirinya dan didoakan yang baik-baik sahaja.
Luahan Aireen membuatkan ada netizen membuat andaian rumahtangga pempengaruh ini sekali lagi bermasalah.

Terdahulu, konflik di antara Aireen dan Haqiem Stopa mula tercetus apabila Haqiem dituduh mencuri resepi jenama pencuci mulut terkenal.
Aireen menafikan dirinya terlibat dan memohon netizen berhenti mengutuk anaknya yang baru dilahirkan.
Namun, konflik di antara mereka berlanjutan apabila Aireen dan Haqiem masing-masing memuat naik kenyataan di media sosial.
BACA: Haqiem Stopa Mengaku Terlepas Cakap Kerana Marah, Nafi Rumahtangga ‘Toksik’
Pssttt! Walau apa pun dugaan yang disedang dihadapi, semoga Aireen tabah menghadapinya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM