Connect with us

Oh! Media

“Bagasi ‘Hand Carry’ Dia Dapat Jumpa, Tapi Dia Tak Ada” – Rakan Syak Nadia Kesuma Dibawa Orang

Nadia Kesuma

Oh! Artis

“Bagasi ‘Hand Carry’ Dia Dapat Jumpa, Tapi Dia Tak Ada” – Rakan Syak Nadia Kesuma Dibawa Orang

Bagasi ‘hand carry’ Nadia ditemui di Jeddah, namun pelakon itu masih belum dapat dikesan.

Perasaan cemas kini menyelubungi rakan-rakan artis apabila pelakon Nadiah Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Nadia, dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

BACA: Nuh Travel Beri Penjelasan Isu Pelakon Hilang Di Jeddah, Cerita Kronologi Kejadian

Lebih menjadi tanda tanya apabila hanya bagasi ‘hand carry’ milik Nadia ditemui di lapangan terbang, namun kelibatnya langsung tidak dapat dikesan.

IKLAN

Rakan baiknya, penyanyi dan pelakon Norlie Tamam turut meluahkan kebimbangan terhadap kehilangan misteri itu.

“Kita syak ada orang bawa dia…”

Nadia Kesuma

Norlie berkata mereka sempat bertemu ketika menyertai festival jualan di Pulau Pinang, di mana Nadia memaklumkan ingin menunaikan umrah dan turut berkongsi rasa teruja tentang pakej perjalanannya yang merangkumi destinasi seperti Paris dan London.

Difahamkan, Nadia turun dari pesawat dan bergerak seorang diri. Dia memang dikenali sebagai individu berdikari dan sering melakukan perjalanan sendiri.

Cuma sekarang ini, agak pelik beg bagasi ‘hand carry’ dia dapat jumpa, tapi dia tak ada. Jadi kita syak yang bukan-bukan sebab bukan lama pun transit, dua jam sahaja. Kita syak ada orang bawa dia. Itu sahaja.

Menurut Norlie lagi, lokasi terakhir yang dikesan menunjukkan Nadia berada di sekitar kawasan hotel berhampiran lapangan terbang.

Tetapi kehilangannya tetap menimbulkan persoalan kerana dia tidak membawa beg dan tidak memberitahu sesiapa.

Melainkan dia kena pukau atau benda-benda lain sebab melihatkan lokasi akhir, mereka cakap dia macam terkeluar sikit dari lapangan terbang itu. Dia macam ada sekitar hotel dekat-dekat situ. Cuma pelik dia tak bawa beg itu. Kalau kita nak tinggalkan beg, kita mesti cakap dengan jemaah lain minta tolong jagakan.

Norlie turut menjelaskan bahawa Nadia merupakan seorang yang bijak dan sangat mengambil berat soal keselamatan.

Pssttt! Situasi kehilangan Nadia yang penuh misteri ini sememangnya meresahkan ramai pihak. Doa orang ramai kini sangat diperlukan agar Nadia dapat ditemui dalam keadaan selamat. Semoga pihak berkuasa berjaya mengesan keberadaan beliau secepat mungkin dan segala urusan dipermudahkan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas