Oh! Artis
Dr Fie Dedah Anak-Anak Selesa Di Rumah Lama, Tanya Kenapa Tak Boleh Balik
Dr Fie jelaskan dia tak pindah rumah kerana anak-anak sudah selesa tinggal di situ.
Bekas isteri Nubhan, Dr Afifah ketika ditemui media ketika proses sulh di mahkamah hari ini menjelaskan punca utama tetap tinggal di rumah lama bersama anak-anak.
BACA: Dr Fie Geram Barang Peribadi Dikeluarkan Nubhan Tanpa Pengetahuan
Menurutnya, tindakan itu bukan kerana enggan berpindah, tetapi demi anak-anak mereka yang sudah selesa dan terlalu sayangkan tempat tersebut.
Anak-anak selesa berada di rumah lama

Kalau saya nak keluar rumah bila-bila boleh. Tapi ada anak-anak, mereka tanya saya macam mana meja, barang sekolah dan alat permainan kerana sudah selesa di situ.
Dr Fie turut menegaskan bahawa perkongsiannya di media sosial bukan bertujuan menjatuhkan nama baik Nubhan atau mencetuskan isu hangat, sebaliknya hanya meluahkan isi hati sebagai seorang ibu tunggal yang sedang melalui tempoh sukar.
Saya tiada niat nak jatuhkan dia atau jadikan ini isu panas rakyat Malaysia, cuma meluahkan perasaan saya di media sosial dan bukannya nak uar-uarkan dekat media, tetapi media yang memetik luahan saya itu.
Apa yang lebih menyentuh hati, Dr Fie mengakui dia banyak bersabar kerana memikirkan perasaan anak-anak yang sering bertanya tentang barang sekolah dan permainan mereka yang masih berada di rumah itu.

Saya sabar kerana anak-anak, saya tak pernah nak fikir diri sendiri saya. Anak-anak tanya kenapa kami tidak pulang ke rumah, Afan tanya permainan dia, Afia tanya barang sekolah dia yang masih di situ.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa soal menguruskan anak-anak bukanlah tugas satu pihak sahaja, sebaliknya perlu dipikul bersama demi kestabilan emosi anak-anak.
Pssttt! Kadang-kadang keputusan yang kita buat bukan untuk diri sendiri, tetapi demi anak-anak yang tidak tahu apa-apa tentang konflik orang dewasa. Tindakan Dr Fie mempertahankan kediaman demi keselesaan anak-anak wajar diberi perhatian. Semoga ada penyelesaian terbaik buat mereka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM