Connect with us

Oh! Media

MIDA Fokus Hasil, Pelaburan 2026 Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat

Ohmedia mida 2026

Oh! Negara

MIDA Fokus Hasil, Pelaburan 2026 Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat

MIDA tekankan pelaburan 2026 perlu beri hasil nyata untuk rakyat, bukan sekadar angka di atas kertas.

Baru-baru ini, MIDA atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia telah mengadakan majlis penghargaan bersama media bertemakan “Strengthening Partnerships for Investment Success” bertempat di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral.

Majlis ini dihadiri hampir 60 wakil media termasuk editor kanan dan ketua biro dari organisasi berita utama negara.

MIDA mahu pelaburan tahun 2026 bawa hasil sebenar

Mida

Majlis ini turut menjadi pembuka tirai strategi pelaburan negara bagi tahun 2026. Ucapan utama telah disampaikan oleh Pengerusi MIDA, YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim.

IKLAN

Ahli ekonomi terkenal, Dr. Anthony Dass pula membentangkan unjuran ekonomi 2026 yang dijangka menyaksikan aliran modal global mendatar sekitar USD 1.5 trilion serta peningkatan persaingan serantau dan pemilihan modal yang lebih ketat.

YM Tengku Zafrul menekankan bahawa fokus tahun ini adalah menukar kelulusan pelaburan kepada projek sebenar yang bawa kesan langsung kepada keluarga Malaysia.

Beliau mendedahkan bahawa 55% pelaburan yang diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2025 datang daripada pelabur domestik.

Namun masih wujud jurang persepsi kerana ramai PKS tidak tahu adanya pelbagai bantuan dan fasiliti kerajaan seperti yang disediakan oleh MIDA.

Fokus baharu yang lebih strategik

Tengku Zafrul Mida

MIDA menggariskan enam inisiatif utama untuk memastikan pelaburan benar-benar menghasilkan impak yang diharapkan rakyat Malaysia:

  • Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC): Sejak ditubuhkan pada Disember 2023, IMFC telah mengendalikan lebih 45,000 isu pelaburan. Sepanjang tahun 2025 sahaja, lebih 27,000 isu berjaya diselesaikan di mana peningkatan 60% berbanding tahun sebelumnya, dengan 1,631 projek (81.9%) berjaya dilaksanakan. Model IMFC ini bakal diperluas ke Pulau Pinang dan Sarawak.
  • New Incentive Framework (NIF): Peralihan daripada insentif berasaskan kuantiti kepada pelaburan berpaksikan hasil, dengan tumpuan kepada penaiktarafan teknologi, automasi, nyahkarbon, dan pembangunan tenaga kerja. Pelaksanaan akan bermula secara berperingkat – sektor pembuatan pada suku pertama 2026, diikuti sektor perkhidmatan pada suku kedua.
  • #InvestLokal: Kempen komunikasi yang memperkenalkan MIDA sebagai rakan pelaburan kepada pelabur tempatan dan rakyat melalui kisah kejayaan perniagaan dalam negara yang berkembang dan naik taraf.
  • Regional Flagship Programmes: MIDA mempergiat kerjasama dengan kerajaan negeri melalui promosi pelaburan berasaskan ekosistem di semua wilayah – Utara, Pantai Timur, Selatan, Sabah, Sarawak dan Tengah – untuk hubungkan syarikat tempatan dengan pelabur utama serta pasaran baharu.
  • Investment Coordination Platform (ICP): Platform pemudah cara yang bantu syarikat tempatan atasi jurang pembiayaan, kumpul modal, laksana penggabungan syarikat dan buat persediaan untuk penyenaraian IPO. Setakat ini, ICP telah bantu lebih 80 syarikat secara langsung.
  • One-Stop Portal (OSP): MIDA sedang membangunkan satu portal digital sehenti yang menyatukan semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri, bagi mempercepat kelulusan secara selari dan selesaikan kesulitan pelabur.

Media jadi ejen perubahan

Mida

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim menegaskan bahawa media bukan sekadar saluran komunikasi, tetapi rakan penting dalam membina negara dan memperkukuh keyakinan pelabur tempatan.

Tegasnya lagi, peranan media amat penting dalam membina komuniti perniagaan yang yakin dan berpengetahuan, selari dengan fokus MIDA terhadap pelaburan domestik pada 2026.

YM Tengku Zafrul turut menyeru agar media sentiasa melihat “sudut domestik” apabila melaporkan pelaburan asing.

Selain angka besar, kisah kejayaan PKS tempatan juga perlu ditonjolkan supaya naratif pelaburan negara lebih seimbang dan dekat di hati rakyat.

Dengan memperkukuh akses kepada data, berkongsi kisah kejayaan tempatan dan menjalin kerjasama lebih erat dengan bilik berita, MIDA mahu memastikan naratif pelaburan Malaysia pada tahun 2026 bersifat kompetitif, dipacu dasar, inklusif, mesra rakyat dan berpaksikan hasil sebenar.

Pssttt! Usaha MIDA ni patut dipuji. Bila pelaburan dilihat dari sudut impak kepada rakyat, barulah hasilnya dirasai semua lapisan masyarakat. Harap lebih banyak PKS akan buka mata dan rebut peluang yang ditawarkan, sebab inilah masa terbaik untuk berkembang!

Kredit: MIDA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas