Oh! Artis
“Kalau Kau Jantan, Kau Lepaskanlah!” – Bapa Uqasha Bengang, Desak Kamal Adli Ceraikan Anak
Bapa Uqasha Senrose menggelarkan Kamal Adli dayus kerana enggan menceraikan Uqasha.
Bapa kepada pelakon Uqasha Senrose mendesak menantunya, Kamal Adli supaya segera melepaskan anaknya itu.
BACA: “Dah Agak ‘Game’ Ni” – Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran Nafi Dakwaan Pukul Isteri
Menerusi temubual bersama Melodi, Nik Sen berkata, dia tidak sanggup melihat anaknya menanggung derita dan dipukul setiap hari.
“Kalau kau tu jantan, kau lepaskanlah!”

Tambahnya, jika benar Kamal anak jantan dia tidak perlu memanjangkan cerita kerana perkara sama akan berulang jika pasangan itu kembali berdamai.
Kamal, kalau kau tu jantan kau lepaskanlah dah orang tak nak dekat engkau. Kau buat apa lagi? Kau ni dayus, kau lepaskan orang tak nak dekat kau. Senang cerita. Kau nak banyak cerita pasal apa ?Kalau baik balik pun, benda sama akan berlaku . Saya tak rela anak saya dipukul hari-hari.
Sebelum ini, luahan panjang Uqasha sendiri sudah mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan penderitaan emosi serta fizikal termasuk nafkah yang culas dan layanan suami yang tidak baik.

Uqasha memohon Kamal segera menceraikan dirinya dan mendakwa Kamal berpura-pura depan orang ramai.
Saya yang hidup dengan dia, selama ni saya yang kenal dia sebantal dengan dia. Saya kenal lebih daripada korang kenal dia, yang korang nak backup semua tu. Saya kenal dia, saya lalui ni empat tahun. Empat tahun ni satu penderitaan yang sangat hebat, Tuhan je yang tahu.
Dakwanya, Kamal berlagak sebagai mangsa dan main simpati masyarakat. Namun, di belakang Kamal bersikap lain dan tiada langsung usaha untuk berdamai.
Kalau awak betul sayang saya dan anak, kenapa belakang cakap lain depan media awak cakap sayang kitaorang. Awak kata awak sorang, saya dan anak saya siapa jaga? Apa saya cakap salah, tak cakap pun salah. Saya tak tahu nak cakap apa dah.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 12 Januari depan untuk prosiding hakam antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Prosiding hakam dijadualkan berlaku selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal disepakati.
Pssttt! Bila seorang ayah sendiri bangun mempertahankan anaknya, itu tanda masalah rumah tangga ini sudah terlalu berat untuk disembunyikan. Luahan Uqasha dan kata-kata tegas bapanya menggambarkan betapa parah retaknya hubungan ini. Semoga kedua-duanya menemui jalan terbaik demi masa depan dan keselamatan keluarga kecil mereka.
Kredit: Melodi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM