Trending
“Dia Tetap Ayah Kepada Hud, Perbaiki Diri” – Aireena Sofia Sah Bercerai Dengan Haqiem Stopa
Aireena Sofia sah bercerai dengan Haqiem Stopa, mohon doa agar terus kuat demi membesarkan anak mereka, Hud.
Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia, mengesahkan bahawa dia telah sah bercerai dengan suaminya, Haqiem Stopa, pada hari ini, 13 Januari 2026.
Berita itu dikongsi sendiri oleh Aireena menerusi satu hantaran di platform Threads, lengkap dengan gambar bersama peguam di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Dalam hantaran itu, Aireena meluahkan rasa syukur kerana semua urusan dipermudahkan Allah dan kini ingin fokus pada masa depan bersama anak mereka, Hud.
Aireena pilih untuk terus melangkah ke hadapan

Dalam satu hantaran susulan, Aireena menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengulas panjang, sebaliknya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak.
Dia juga tetap menghormati Haqiem Stopa sebagai bapa kepada anak mereka.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dan menitipkan kata-kata semangat buat Aireena.
Pssttt! Jodoh itu rahsia Tuhan, dan kadangkala, berpisah adalah jalan terbaik untuk memberi ruang kepada kedua-duanya memperbaiki diri. Semoga Aireena dan Haqiem terus diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi fasa baharu ini.
Kredit: Threads Aireena Sofia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM