Oh! Artis
”Sia-Sia Turun KL” – Luahan Kamal Adli Undang Perhatian Ramai
Kamal Adli luah hampa tak dapat jumpa anak walaupun sudah balik KL.
Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa hampa apabila rancangannya untuk bertemu anak perempuan tunggalnya, Hawra Uqaira
tidak menjadi kenyataan walaupun dia sudah pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan Beautifulnara, perkara itu dikongsikan Kamal menerusi satu hantaran di Threads yang jelas memperlihatkan perasaan rindunya terhadap anak tersayang.
“Sia-sia turun KL ni” – Kamal Adli

Dalam perkongsian berkenaan, Kamal turut memohon maaf kepada pengikutnya kerana tidak dapat memuat naik gambar terbaharu bersama Hawra, seperti yang mungkin dinantikan ramai.
Luahan ringkas itu bagaimanapun cukup menyentuh hati netizen.
Netizen beri sokongan, tapi hantaran dipadam

Hantaran tersebut pantas menerima perhatian ramai dengan rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan serta mendoakan agar urusan Kamal dipermudahkan.
Namun hasil tinjauan mendapati, perkongsian berkenaan telah dipadam oleh Kamal pada malam Khamis, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Pssttt! Urusan keluarga bukan selalu semudah yang dirancang. Beri ruang, hormat privasi dan doakan yang terbaik, kadang diam itu cara paling kuat untuk bertahan.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM