Connect with us

Oh! Media

Diugut Ilmu Tak Berkat Sebab Lawan Cikgu, Ain Husniza Buktikan Dapat 7A SPM

Trending

Diugut Ilmu Tak Berkat Sebab Lawan Cikgu, Ain Husniza Buktikan Dapat 7A SPM

Korang masih ingat lagi dengan pelajar bernama Ain Husniza, calon SPM 2021 yang menjadi tumpuan selepas dia mendakwa guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) membuat jenaka seksual di dalam kelas ketika mengajar pada tahun lalu?

ADVERTISEMENT

BACA: Ain Husniza Dikatakan Keluar Kenyataan Berbaur Fitnah Tentang ‘Lawak Rogol’, Bekas Guru Fail Saman

Susulan daripada tindakannya itu, Ain dan bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab sering kali mendapat kecaman daripada warganet sehingga pernah dimomokkan bahawa ilmu yang dipelajari gadis berkenaan tidak akan pernah berkat sehingga terpaksa untuk menukar ke sebuah sekolah swasta.

Ain tetap mendapat keputusan cemerlang

Walaupun sering mendapat kecaman serta dimomokkan ilmunya tidak berkat, Ain membuktikan bahawa dirinya mampu berjaya selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Perkara itu dikongsinya menerusi satu hantaran di Twitternya.

Menerusi hantaran itu, gadis berkenaan menunjukkan slip keputusan peperiksaan di mana dia mendapat 4A+, 3A dan 1B daripada lapan subjek yang didudukinya.

Di samping itu, Ain turut berkongsi betapa tertekan dirinya menerima pelbagai kecaman daripada ramai orang berhubung tindakannya sepanjang menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac yang lalu.

Bukan itu sahaja, Ain turut berkongsi bahawa dia juga pernah diberikan amaran buang sekolah atas tindakannya yang cuba untuk memperjuangkan isu jenaka seksual. 

Tahniah Ain

Perkongsian Ain itu mendapat respon daripada warganet. Rata-rata mereka kagum dengan semangat yang ada pada Ain serta mengucapkan tahniah atas keputusan SPM yang cemerlang.

Tahniah Ain Husniza, semoga terus berjaya dalam kehidupan dan tidak pernah mengalah untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk semua pelajar.

Kredit: Twitter ainhsaifulnizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas