Connect with us

Oh! Media

Ain Husniza Dikatakan Keluar Kenyataan Berbaur Fitnah Tentang ‘Lawak Rogol’, Bekas Guru Fail Saman

lawak rogol

Trending

Ain Husniza Dikatakan Keluar Kenyataan Berbaur Fitnah Tentang ‘Lawak Rogol’, Bekas Guru Fail Saman

Masih ingat dengan isu seorang pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza yang mendakwa bekas gurunya pernah memberikan ‘lawak rogol’? Memetik laporan Utusan Malaysia, guru terbabit, Khairul Nizam Sanuddin telah menyaman semula bekas pelajarnya itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Cemar Nama Sekolah, Pelajar Diugut Gara-Gara Dedah ‘Lawak’ Lucah Guru

Saman tersebut telahpun difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema Dan Yung pada 26 November lalu. Saman itu dinamakan ke atas Nurain Husniza, 17 dan bapanya Saiful Nizam Ab. Wahab, 42 sebagai defendan.

Bapa Ain mengesahkan perkara itu

Berdasarkan perkongsian di akaun Twitter, Saiful Nizam mengesahkan dia telah menerima writ saman tersebut. Tuntutan saman menetapkan tarikh 2 Disember ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah.

Reputasi terjejas dan masyarakat memandang serong

Perbuatan dua beranak terhadap guru terbabit juga dilihat telah menjejaskan reputasi Khairul Nizam sebagai guru sehingga menyebabkan masyarakat memandang serong. Khairul memaklumkan masyarakat melihat dirinya seolah-olah dia merupakan seorang guru yang sukakan perkara lucah dan tidak memberikan teladan yang baik kepada pelajar.

Disebabkan itu, plaintif memohon satu perintah dari mahkamah bagi mengarahkan kedua-dua defendan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai plaintif yang berbaur fitnah. Defendan juga diminta agar memadam kesemua kenyataan berbaur fitnah terhadap Khairul Nizam di laman sosial.

Guru tuntut permohonan maaf

Khairul Nizam turut menuntut agar pelajar perempuan bersama bapanya menerbitkan permohonan maaf di semua laman sosial milik mereka. Pihak ketiga yang dikenal pasti serta di akhbar pilihan Khairul Nizam juga perlu menyiarkan permohonan maaf terbabit.

Selain itu, plaintif turut mohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsikan oleh Mahkamah. Segala kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah juga turut dimohon oleh plaintif.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas