Connect with us

Oh! Media

Debaran Sudah Berakhir, Seramai 9,696 Calon SPM 2021 Peroleh Semua A, 1,655 Gagal

spm 2021

Umum

Debaran Sudah Berakhir, Seramai 9,696 Calon SPM 2021 Peroleh Semua A, 1,655 Gagal

Debaran penantian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah pun berakhir, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon telah memperoleh keputusan semua A. Syabas adik-adik!

ADVERTISEMENT

BACA: “Biar Tak Pandai, Jangan Tak Bijak” -Google ‘Review’ Resort Buruk Gara-Gara Budak SPM 2021

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid mengumumkan seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

spm 2021

Menurutnya lagi, seramai 129,796 atau 33.96 peratus calon yang mendapat keputusan lulus dan 125,454 calon pula yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 43,703 bersamaan 11.44 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.43 peratus atau 1,655 calon memperoleh keputusan semua gagal.

Tahniah diucapkan buat semua calon SPM 2021. Semoga adik-adik dapat menjadi insan yang berguna buat negara kita pada masa akan datang.

Ingat, ini adalah permulaan untuk korang tempuh dunia baru. Good luck!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas