Connect with us
influencer

Trending

Dikecam Tinggal Di Rumah PPR Tapi Perkakas Mewah, Influencer Ini Beri Penjelasan

Sering berkongsi video memasak dan dekorasi rumah di media sosial, siapa sangka influencer terkenal TikTok ini rupa-rupanya tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

BACA: LHDN Nampak Apa Yang Berlaku, CEO Beri Peringatan Kepada Influencer Dan TikToker

IKLAN

Pendedahan ini mencetuskan rasa kurang senang netizen kerana perkakas rumah yang digunakan mahal dan berjenama.

Ada segelintir netizen mempersoalkan status kewangan influencer ini yang melayakkan dia untuk tinggal di rumah tersebut.

influencer

Tak mendiamkan diri, ibu saudara kepada Syamimi tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah flat tersebut. Apa yang penting rumah tersebut adalah hasil usaha Syamimi berjuang mempertahankan hak ibunya yang meninggal dunia.

Menurut Syamimi, ibunya meninggal dunia selepas beberapa bulan membeli rumah flat tersebut. Dia kemudian berhenti belajar dan mengambil keputusan untuk bekerja supaya dapat melunaskan segala hutang arwah ibu termasuklah rumah itu.

Waktu itu, dia baru berumur 20 tahun dan sedaya upaya meyakinkan hakim ketika ditemuduga. Dia membuktikan mampu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah ribuan ringgit termasuk baki pinjaman bank sebanyak 90% daripada harga rumah.

Kata Syamimi, dia mencantikkan rumah itu sebagaimana yang diimpikan arwah ibunya dulu. Rumah itu juga diserahkan kepadanya selepas segala bayaran hutang selesai.

Kredit: TikTok Syamimia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas