Connect with us

Oh! Media

Bekas Adik Ipar Bongkar Identiti Pelakon Popular Berhutang Lebih RM208K

Ohmedia aida Aris

Oh! Artis

Bekas Adik Ipar Bongkar Identiti Pelakon Popular Berhutang Lebih RM208K

Baru-baru ini, seorang wanita muncul di segmen Melodi TV3 mendakwa seorang pelakon wanita lari daripada membayar hutang sebanyak RM208,745.59.

Pendedahan yang dibuatnya membuatkan netizen berteka teki siapakah individu yang dimaksudkan.

Ziela Rashid dedah identiti pelakon berhutang

Terbaru, wanita dikenali sebagai Ziela Rashid tampil membuat pendedahan bagi menghentikan spekulasi dan fitnah.

IKLAN

Menerusi video di akaun Instagram miliknya, Ziela mengesahkan bahawa individu yang dimaksudkan ialah Aida Aris, bekas kakak iparnya.

Hai semua, saya dengan ini menyatakan pelakon yang saya maksudkan sewaktu temu bual bersama Melodi baru-baru ini adalah Aida Aris. Semoga dengan penerangan ini tiada lagi teka-teki.

Ziela turut menyeru Aida segera melunaskan hutang yang telah tertunggak selama empat tahun. Beliau meminta Aida untuk berurusan dengan pihak insolvensi bagi menyelesaikan perkara ini.

Bekas kakak ipar berstatus muflis

@meloditerhangat

Siapakah pelakon wanita yang baru sahaja memenangi Anugerah di Acara berprestij baru-baru ini yang berhutang ratusan ribu ringgit.??? #meloditv3

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi Terhangat

Dalam pendedahan terdahulu, Ziela mendakwa pelakon yang dimaksudkan itu bukan sahaja enggan membayar hutang, tetapi turut berstatus muflis.

Situasi ini menyebabkan bekas kakak iparnya itu cuba mengelak daripada bertanggungjawab.

#OhmediaNasihat

Jika korang berhutang, usahakan untuk membayarnya walaupun sedikit demi sedikit. Jangan biar hutang jadi punca keretakan hubungan, lebih-lebih lagi dalam keluarga!

Ohmedia aida Aris

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram zieladanielruiz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas