Memetik laporan Sinar Harian, Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, tampil memberi penjelasan mengenai isu ini.
Asingkan bantuan tindakan betul
Menurutnya, tindakan mengasingkan bantuan yang diterima adalah tindakan betul yang dibuat penghulu.
Jelasnya, tindakan tersebut bukanlah kerana mahu “menyorok” bantuan, tetapi bertujuan memastikan agihan yang lebih adil kepada semua penghuni PPS.
Katanya lagi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan biasanya tidak mengetahui jumlah sebenar penghuni PPS.
Memastikan bantuan diagihkan dengan adil
Oleh itu, pihak PPS perlu mengasingkan bantuan supaya setiap mangsa mendapat bahagian yang mencukupi.
Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan. Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.
Tambahnya lagi, jika ada yang mendakwa wujud salah guna atau ketidakadilan, mereka digalakkan membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan bukti yang kukuh.
#OhmediaNasihat
Dalam keadaan bencana, komunikasi adalah sangat penting untuk mengelakkan salah faham. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan mangsa banjir yang ramai. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik untuk mengelakkan nama baik individu tercalar.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.