Connect with us

Oh! Media

datuk red

Oh! Artis

Ahli Perniagaan Terkenal Jemput Datuk Red Berlakon Di Penang, Siap Payung Tiket Kapal Terbang

Awal pagi tadi waktu sahur, Datuk Red akhirnya berjaya buat TikTok Live dan mendapat sokongan rakyat Malaysia yang sangat positif. Rata-ratanya mendoakan agar Allah memberikan kesenangan buat Dato Red dan keluarga dan dapat keluar dari masalah hutang.

BACA: Datuk Red Minta Netizen Ajar Cara Live Di TikTok Selepas Raih Puluhan Ribu Pengikut

IKLAN

Walaupun baru pertama kali buat siaran langsung, ramai yang masuk dan berikan banyak gift sehingga membuatkan Datuk Red hilang kata-kata.

Sepanjang sesi siaran langsung itu, Datuk Red berjaya mendapat lebih 4 juta like dan 16,000 tontonan dalam satu-satu masa.

Ahli perniagaan terkenal di Penang tawar berlakon…

Dalam sesi itu, Datuk Red turut berkongsi telah menerima banyak tawaran kerja dari usahawan seluruh Malaysia termasuklah dari Pak Mat Western yang bertapak di Penang.

Tadi ada orang hubungi, tak tahulah betul ke tidak. Pak Mat Western punya orang, jemput saya untuk berlakon, untuk iklan dia tu. Dah la base dia dekat Penang, nak belanja pula naik kapal terbang.

Pak Mat Western ni memang laju, kalau ada figura yang positif viral, mesti dia jemput berlakon dalam senyap-senyap. Apapun, semoga Datuk Red diberikan kekuatan untuk terus berjuan mencari rezeki halal, Amin.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas