Oh! Artis
Datuk Red Minta Netizen Ajar Cara Live Di TikTok Selepas Raih Puluhan Ribu Pengikut
Susulan isu melibatkan Datuk Red yang dilaporkan sedang mencari kerja selepas muflis 5 tahun lepas. Beliau telah membuka satu akaun TikTok bagi digunakan untuk mencari rezeki dan meluahkan segala yang tersimpan hatinya.
@dato..red Assalammualikom….
♬ bunyi asal – abg red
Terbaru Datuk Red kongsikan kepada netizen ada seorang hamba Allah membayarkan makanannya semasa sahur di kedai mamak.
Lepas sahur tadi dekat kedai mamak ada seorang membayarkan saya. dia takde jumpa saya. Bila saya pergi je kaunter dah bayar.
Datuk Red juga memaklumkan ramai orang dalam Malaysia baik hati. Semenjak beliau ada TikTok, ramai yang baik hati serta menghulurkan sumbangan. Namun fokus Datuk Red adalah medapatkan kerja dan bukannya meminta sedekah.

Saya nak bertanya ni, mana yang pakar TikTok ni semua. Saya nak cuba buat live. Pada malam tadi tak lepas.
Apa-apa pun nanti saya buat video lagilah eh. Saya dah pandai dah rakam buat video dah.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Datuk Red dapat bangkit semula untuk mencari rezeki buat anak-anak dan juga membayar segala hutang.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM