Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Didakwa ‘Dibela’ Bekas Perdana Menteri, Tuan Badan Bakal Ambil Tindakan Saman

Trending

Ruhainies Didakwa ‘Dibela’ Bekas Perdana Menteri, Tuan Badan Bakal Ambil Tindakan Saman

Ruhainies nekad mengambil tindakan susulan terhadap dakwaan yang didakwa palsu dan menjejaskan reputasinya selepas sekian lama berdiam diri.

Nama pelakon Ruhainies kembali menjadi perhatian apabila dia memberi bayangan bakal mengambil tindakan susulan terhadap dakwaan dan cerita yang didakwa telah menjejaskan reputasinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Ruhainies menjelaskan bahawa dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri kerana tidak mengetahui siapa yang memulakan cerita berkenaan atau dari mana dakwaan itu muncul.

Bagaimanapun, pelakon itu merasakan keadaan kini semakin melampaui batas apabila semakin ramai individu dipercayai mempercayai dan menyebarkan cerita tersebut tanpa bukti.

IKLAN

I have archived my recent post as I have already obtained all the necessary details. Thank you to everyone who helped make the process easier and faster. I truly appreciate your help.”

Sudah berlarutan sejak sekian lama?

Menurut Ruhainies, dakwaan yang dianggapnya palsu itu sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap reputasinya.

This issue and these false accusations have been going on for quite some time. I don’t know who started them or where they came from. I have remained silent until now because I feel that things have gone too far.

Dia turut mendakwa terdapat pihak yang mula mempercayai dan menyebarkan cerita berkenaan seolah-olah mahu menjatuhkan namanya.

People are starting to believe and spread these stories without any proof, seemingly just to damage my reputation.

Tegas Ruhainies, kali ini dia benar-benar serius untuk memastikan perkara tersebut diselesaikan sepenuhnya dan bukan sekadar membiarkannya berlalu begitu sahaja.

Please understand that I am taking this matter VERY seriously this time, and I will follow through until it is fully resolved.

Dalam masa sama, Ruhainies berharap pihak satu lagi dapat memberikan kerjasama dan mengendalikan perkara tersebut secara profesional bagi mengelakkan sebarang komplikasi lanjut.

I sincerely hope that the other party will cooperate and handle this matter professionally so that we can resolve it properly and avoid any further complications.

Dakwaan ‘hanat’ dikaitkan dengan Ruhainies

Perkembangan ini turut mencuri perhatian selepas seorang pengguna media sosial mendakwa individu yang dimaksudkan sebagai “Hanat” dalam satu komen terdahulu ialah Ruhainies.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, pengguna bernama Fumakilla01 menulis:

@ismailsabri60 sila saman pemfitnah ni.. Hanat yg dimaksudkan adalah. RUHAINES..”

Bagaimanapun, dakwaan tersebut merupakan kenyataan seorang pengguna media sosial dan belum menjadi pengesahan rasmi mengenai identiti individu yang dimaksudkan.

Setakat ini, Ruhainies hanya menyatakan bahawa dia sudah memperoleh maklumat yang diperlukan dan serius mahu menyelesaikan isu dakwaan yang didakwanya sebagai palsu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas