Connect with us

Trending

Ada Pula Dakwaan Punca Nur Farah Kartini Dibunuh Sebab Nak Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila mayat Nur Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas telah dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Seorang lelaki yang disahkan kenalan mangsa juga telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, mangsa didakwa ingin mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek punca kejadian bunuh itu berlaku. Biar betul ni?

Bukan tu jer, sumber juga mengatakan yang konflik percintaan mereka itu berlarutan buatkan mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya. 

Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan ini benar ataupun tidak. 

Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

Polis juga masih lagi menyiasat motif pembunuhan itu.

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas