Connect with us

Oh! Media

A Aida Sedar Dari Koma, Kini Boleh Bercakap Dan Minum

Ohmedia a Aida

Oh! Artis

A Aida Sedar Dari Koma, Kini Boleh Bercakap Dan Minum

A Aida kembali sedar selepas koma, kini boleh bercakap dan minum. Peminat lega dengan perkembangan.

Ramai yang terkejut bila penerbit dan pengarah drama terkenal, A Aida, sebelum ini dilaporkan rebah selepas menjalani fisioterapi hingga terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Namun, berita terbaru ini pastinya melegakan ramai peminat.

Menurut Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga rakan baik A Aida, keadaan beliau kini semakin stabil.

Alhamdulillah, sahabat saya, A Aida sudah kembali sihat dan sekarang beliau sedang berehat. Alhamdulillah, sudah boleh bercakap dan minum.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan artis, wartawan dan rakan taulan yang bertanya khabar serta mendoakan. Semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Hidayah milik Allah.- Katanya.

Anak kongsi keadaan A Aida…

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh anak keduanya, Azeva Natassha, 24, yang juga seorang pelakon. Menerusi Instagram Story, Azeva memaklumkan bahawa ibunya sudah sedarkan diri selepas beberapa hari dalam keadaan tidak stabil.

IKLAN

Azeva turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan ibunya.

Rebah selepas pembedahan lutut…

Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, dimasukkan ke ICU selepas rebah ketika menjalani sesi fisioterapi. Difahamkan, sebelum itu beliau baru sahaja menjalani prosedur pembedahan lutut, iaitu satu rawatan biasa.

Pihak hospital bagaimanapun masih meneliti bagaimana prosedur tersebut boleh membawa kepada keadaan beliau tidak sedarkan diri.

Pssttt! Kadang-kadang, apa yang nampak rutin atau biasa pun boleh jadi sesuatu yang serius. Kes A Aida ni mengingatkan kita supaya jangan ambil mudah soal kesihatan, lagi-lagi bila melibatkan prosedur perubatan. Korang kalau ada rawatan atau pembedahan, pastikan dapatkan penjelasan penuh dari doktor dan jangan tangguh check-up. Kesihatan tak ada ganti weh!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas