Oh! Tidak
Israel Rancang Serang Dan Tahan Sukarelawan Kapal Misi Kemanusiaan
Israel umum rancang serang kapal flotila ke Gaza dan tahan sukarelawan, termasuk delegasi Malaysia.
Walaupun pelayaran mereka penuh dengan risiko, kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tetap bertekad mahu terus belayar ke Gaza.
Tapi korang tahu tak, media rasmi Israel sendiri dah laporkan bahawa mereka memang ada rancangan nak serang kapal-kapal flotila ni?
Israel kerah pasukan elit laut Shayetet 13…
Menurut laporan Saluran 12, rejim Zionis siap maklumkan bahawa pasukan komando laut elit mereka, Shayetet 13, akan digerakkan.
Unit ni memang terkenal dengan operasi ketenteraan rahsia dan tindakan keras tanpa belas kasihan. Senang cerita, kalau mereka turun padang, memang ngeri habislah.
Bukan tu je, Israel juga dedahkan selepas kapal-kapal GSF dirampas, semua sukarelawan akan ditahan dalam sebuah “penjara terapung” terbesar di dunia, kapal khas yang dijadikan pusat penahanan.
Ancaman penjara panjang untuk sukarelawan…
Rejim Zionis bagi amaran keras, kalau sukarelawan tetap bertegas nak belayar, mereka bakal dipenjara untuk tempoh yang lama. Malah, Israel mendakwa bot-bot flotila mungkin ditenggelamkan atau terus dirampas untuk dijadikan aset tentera laut mereka.
Walaupun berdepan dengan ugutan macam tu, para peserta GSF tetap teguh dengan pendirian. Melalui hantaran media sosial, mereka tekankan bahawa misi ini mesti diteruskan demi menembusi sekatan Israel supaya bantuan kemanusiaan dapat sampai kepada rakyat Palestin di Gaza.
Kami serahkan segala-galanya kepada mu ya Allah. Teruskan bercakap tentang Gaza. Mohon doa semua.- Kata salah seorang peserta GSF dari delegasi Malaysia.
Malaysia pantau keselamatan delegasi…
Di pihak Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa kerajaan akan menumpukan usaha koordinasi keselamatan bersama negara-negara berhampiran Palestin bagi menjamin keselamatan 34 peserta delegasi Malaysia.
Usaha ni dibuat untuk memastikan mereka dapat dibawa pulang dengan selamat.
Difahamkan juga, kapal-kapal flotila kini berada kurang daripada 1,000 kilometer dari Semenanjung Gaza dan semakin hampir untuk mencabar sekatan yang dah lama dikenakan Israel.
Pssttt! Ohmedia nak pesan satu je, walaupun ancaman besar sedang menanti, keberanian sukarelawan flotila ni tunjukkan kepada kita bahawa perjuangan demi kemanusiaan tak pernah mudah. Kadang-kadang, kita yang selesa ni kena belajar hargai pengorbanan orang lain dan terus sebarkan doa serta sokongan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.


