Connect with us

Oh! Media

Penantian 10 Tahun Berakhir Tragedi, Bayi Maut Kemalangan Tol Bukit Kajang

Ohmedia kemalangan tol bukit kajang

Oh! Tidak

Penantian 10 Tahun Berakhir Tragedi, Bayi Maut Kemalangan Tol Bukit Kajang

Bayi setahun maut di Plaza Tol Bukit Kajang, ibu bapa tunggu 10 tahun timang anak sulung.

Korang bayangkan, satu tragedi yang meruntun hati berlaku bila bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang.

Lebih memilukan, pasangan ibu bapa bayi malang itu dikatakan sudah menunggu hampir 10 tahun untuk memiliki cahaya mata pertama.

BACA: Polis Sahkan Brek Lori Punca Tragedi Ragut Nyawa Bayi Di Plaza Tol Kajang

IKLAN

Detik sedih di lokasi kejadian…

Di TikTok, seorang individu bernama Ridhwan Mohamad berkongsikan momen penuh sebak sewaktu dirinya terpaksa menyampaikan berita duka kepada ibu bapa mangsa.

Aku tolong akak (ibu mangsa) itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak dia kepada aku.

Sampailah akhirnya, aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh.- Luahnya.

Kata Ridhwan lagi, dia turut bantu membawa bayi tersebut ke dalam ambulans sambil ibu mangsa merayu berkali-kali untuk melihat anaknya buat kali terakhir.

Penantian 10 tahun berakhir dengan tragedi…

Apa yang buat ramai netizen lebih sebak adalah apabila nenek kepada bayi itu mendedahkan yang pasangan ini sudah menunggu hampir sedekad untuk menimang cahaya mata pertama.

Sehinggalah ambulans sampai, aku tolong angkat bayi itu masuk ke dalam sambil akak itu berkali-kali merayu nak tengok anak dia.

Kemudian ibu kepada akak itu (nenek mangsa) yang duduk di dalam ambulans bagitahu yang diorang dah tunggu 10 tahun nak dapatkan mangsa.- Katanya.

Perkongsian ini membuatkan ramai yang menitis air mata kerana hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan ibu bapa yang kehilangan anak tunggal selepas penantian begitu lama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sebak mendengar perkongsian tersebut. Ramai juga yang tidak putus mendoakan agar roh bayi berkenaan dicucuri rahmat serta keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini.

Pssttt! Hidup ini penuh ujian yang kadang-kadang datang tanpa diduga. Kehilangan orang tersayang, apatah lagi anak yang ditunggu bertahun-tahun, adalah ujian paling besar buat seorang insan. Korang yang masih ada keluarga, hargailah setiap detik bersama mereka. Jangan tunggu sampai terlambat untuk tunjukkan kasih sayang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas