Connect with us

Oh! Media

Anggota TUDM Hilang Ditemui Bersama Teman Wanita Di Kondominium

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Anggota TUDM Hilang Ditemui Bersama Teman Wanita Di Kondominium

Anggota TUDM hilang sejak 24 Ogos akhirnya ditemui bersama teman wanita di kondominium Ampang Jaya.

Sejak hujung Ogos lalu, orang ramai tertanya-tanya ke mana hilangnya seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Rupanya, misteri kehilangan itu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di sebuah kondominium di Ampang Jaya bersama teman wanitanya.

Anggota TUDM ditemui bersama teman wanita…

 0210

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan, anggota bernama Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui sekitar jam 1.30 tengah hari di sebuah bilik dalam unit kediaman milik teman wanitanya.

IKLAN

Anggota terbabit yang juga individu yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui bersama teman wanitanya dan unit kediaman itu adalah milik wanita terbabit.- Katanya kepada media.

Menurutnya lagi, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah mahupun kecederaan pada tubuh badan Ammar.

Hilang selepas kemalangan kecil…

 0212

Rupa-rupanya, kehilangan Ammar ada kaitan dengan insiden pada 22 Ogos lalu. Dia yang ketika itu mengikuti kursus di Bandar Kinrara dibenarkan pulang, namun pada malamnya terbabit dalam kemalangan kecil di Subang.

Kereta dipandu Ammar melanggar belakang kenderaan seorang pegawai tentera. Namun, dia tidak membuat laporan dan sebaliknya terus ‘melarikan diri’. Pegawai itu tetap berjaya menghubunginya berdasarkan nombor plat kereta.

Sejak dari 24 Ogos, keluarga langsung tidak dapat menghubunginya. Malah, dia juga gagal melapor diri semula pada 25 Ogos, seperti yang diarahkan semua peserta kursus.

Usaha polis menjejaki…

Polis sebelum ini memaklumkan kali terakhir Ammar dilihat adalah pada 23 Ogos di Sungai Kedondong. Namun selepas itu, telefon bimbitnya dimatikan dan dia terus hilang tanpa berita.

Kini, selepas beberapa hari operasi dan bantuan maklumat orang ramai, polis akhirnya berjaya menemuinya di Ampang Jaya.

“Sehubungan penemuan ini, Polis Daerah Serdang berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat bagi membantu usaha mengesan keberadaan Muhammad Ammar,” ujar Muhamad Farid.

Pssttt! Kadang-kadang bila panik, kita boleh buat keputusan terburu-buru sampai menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Apa pun masalah yang berlaku, sebaiknya hadap dengan berani dan ikut saluran yang betul. Ohmedia nak pesan dekat korang, lari dari masalah bukan jalan keluar, malah boleh timbulkan lagi banyak masalah baru.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas