Connect with us

Oh! Inspirasi

2 Hari Lepas Mak Meninggal, Motosikal Pula Kena Curi, Ebit Lew Pantas Bantu Dua Beradik

Baru-baru ini, tersebar kisah yang dialami seorang pemuda bernama Adam yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 21 Januari lalu dan pada 23 Januari motosikal Adam pula telah dicuri.

Nasib yang menimpa Adam ini mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan ujian yang dilaluinya dan turut dikongsikan Facebook Rasmi Info Terkini Pantai Timur 2021.

IKLAN

Kisah yang tersebar ini ternyata mendapat perhatian Ebit Lew yang nekad untuk membantu dua beradik ini.

Sayu sangat rasa hati terbaca dua beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya  meninggal dunia 21 Januari lalu dan motosikalnya pula dilang dicuri.

Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang serta sentiasa perlu menjalani rawatan dialisis.

Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua tinggal dengan mak. Sekarang tinggal berdua sahaja. Adam 17 tahun dan adiknya 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah. – Tulisnya.

Ebit Lew juga telah membelikan mereka sebuah motosikal Modenas baharu dan turut berbincang dengan beberapa pihak untuk memastikan dua beradik ini dapat bersekolah serta bersedia untuk membiayai yuran mereka. Allahu.

Sekarang bolehlah kita katakan pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew sebagai antara lelaki terpantas dalam dunia selepas amat cepat bertindak sebaik sahaja mendengar masalah.

Kredit: Ebit Lew | Rasmi Info Terkini Pantai Timur 2021

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas