Connect with us

Oh! Media

“Tak Apa Mama, Allah Tak Tengok Permulaan Hidup..” – Tak Lancar Mengaji, Wanita Sebak Dengar Nasihat Anak

Ohmedia wanita Sebak Dengar Nasihat Anak

Oh! Inspirasi

“Tak Apa Mama, Allah Tak Tengok Permulaan Hidup..” – Tak Lancar Mengaji, Wanita Sebak Dengar Nasihat Anak

Umur bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu dunia mahupun ilmu agama. Semua orang layak untuk menikmati ilmu yang ada di dunia ini untuk dijadikan sebagai panduan hidup.

Tapi, ada juga yang tak dapat merasai peluang ini kerana pelbagai kekangan ketika membesar.

Tular di TikTok, seorang wanita yang juga seorang usahawan berkongsi kisahnya dan berjaya menyentuh hati banyak netizen.

IKLAN

Katanya, ketika umur 30 tahun dia baru berpeluang untuk belajar mengaji Al-Quran kerana kekangan semasa kecil.

Semasa berada di Mekah, saya berasa malu apabila tidak dapat mengaji dengan sebaiknya. Azam saya ketika itu, jika masih diberi peluang ke Mekah, saya mahu pandai mengaji.

@ellyemirza2

ni bukan aib tau gais bagi elly..cuma selagi ada ruang dan peluang..cuba lah ubah mana yg boleh..Allah xpandang permulaan hidup kita tapi Allah pandang pengakhiran hidup kita..🥺

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Nasihat anak sulung buatnya menangis

Yang menyentuh hati netizen apabila wanita itu mendedahkan anak sulungnya datang peluk dan memintanya bersabar.

Pia kata tak apa Mama, Allah tak tengok permulan hidup, tapi Allah tengok pengakhiran hidup kita.

Sepatutnya saya sebagai ibu, saya yang mengajar anak saya mengaji. Tapi anak saya lebih pandai mengaji dari saya.

Tambahnya, dia sangat malu kerana umurnya sudah tua namun belum lancar mengaji.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberi sokongan kepada wanita ini kerana masih mahu mendalami ilmu agama yang dituntut.

Ohmedia ushawan sebak 2
Ohmedia ushawan sebak

Sedihnya dengar nasihat anak sulung dia. Walaupun tak berpeluang untuk belajar masa kecil, dia tetap beri ilmu dan didikan yang baik untuk anaknya. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup ushawan dan keluarganya.

Ohmedia wanita Sebak Dengar Nasihat Anak

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas