Connect with us

Oh! Media

Trending

Apa Terjadi Kepada 120.67 Hektar Tanah Di Jerantut Tentang Isu Tanam Durian?

Masih ingat dengan isu pencerobohan tanah dan penanaman buah Durian secara haram di Jerantut? Hari ini BERNAMA melaporkan bahawa sebanyak 120.67 hektar tanah di Jerantut telahpun diluluskan untuk penanaman projek buah Durian Musang King.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak yang meluluskan perkara itu dengan syarat tertentu.

IKLAN

Bagi memastikan projek yang diluluskan tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar, pihak syarikat yang mendapat kelulusan perlu menyediakan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) seperti disyaratkan Jabatan Alam Sekitar. 

Pemantauan secara berkala juga dilaksanakan oleh agensi terlibat untuk memastikan semua syarat dipatuhi selain garis panduan bagi penanaman durian di cerun juga dikeluarkan oleh jabatan berkaitan. – Katanya.

Nampaknya keputusan telahpun dibuat dan nampaknya keputusan ini hanya akan menguntungkan pihak tertentu sahaja. Bagaimana pula dengan nasib pengusaha lain yang sebelum ini telah didenda dan disaman kerana menanam durian secara haram? Apa pandangan korang?

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas