Connect with us

Oh! Media

SPRM Sudah Kenal Pasti Individu Terbabit Pencerobohan Tanah Di Raub

Oh! Negara

SPRM Sudah Kenal Pasti Individu Terbabit Pencerobohan Tanah Di Raub

Isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang semakin mendapat perhatian serius apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terbabit, termasuk beberapa pegawai kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, meskipun setakat ini belum ada tangkapan dibuat, pihaknya sedang giat mengesan individu terbabit.

IKLAN

Mereka termasuklah pegawai yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.

Kit ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.- Katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa siasatan mengambil masa kerana melibatkan semakan latar belakang pegawai lama dan peneroka tanah.

SPRM fokus isu tatakelola dan penerokaan haram…

Azam Baki turut menegaskan, siasatan yang dijalankan bukan sekadar meneliti aspek tatakelola, malah melihat bagaimana pencerobohan itu boleh berlaku bertahun-tahun tanpa dikesan.

Kita siasat kes berkenaan dengan teliti, bukan saja isu tatakelola tetapi turut melihat bagaimana selama ini kes terbabit boleh terlepas.- Katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa SPRM mempertimbangkan untuk memanggil pihak bertanggungjawab bagi membantu siasatan.

Pencerobohan tanah ditegur Sultan Pahang…

sultan pahang

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan titah keras berhubung isu ini dengan menyifatkan pencerobohan tanah sebagai musuh utama negeri selain dadah dan jenayah.

Baginda mendedahkan sebanyak 14,494.908 hektar tanah kerajaan telah diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian serta pelbagai hasil bumi.

Pssttt! Kes pencerobohan tanah di Raub ini membuka mata kita bahawa pengurusan tanah negeri perlu dipantau dengan lebih tegas dan telus. Jangan biarkan kerakusan individu tertentu merosakkan khazanah negeri demi kepentingan peribadi.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas