Connect with us

Oh! Media

“Tak Ada Lagi Kompaun..” – MB Pahang Bertegas Bawa Penceroboh Tanah Terus Ke Mahkamah

mb pahang

Oh! Negara

“Tak Ada Lagi Kompaun..” – MB Pahang Bertegas Bawa Penceroboh Tanah Terus Ke Mahkamah

Kerajaan Pahang kini ambil pendekatan lebih tegas terhadap pencerobohan tanah secara haram di negeri itu. Langkah ini dilakukan selepas melihat pihak penceroboh semakin biadap di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, tiada lagi ruang untuk kompromi seperti sebelum ini. Menurut laporan Harian Metro, sejak 2018 sebanyak 3,366 hektar tanah haram berjaya diambil semula oleh kerajaan negeri.

IKLAN

Sebelum ini sesiapa yang melakukan kerja haram (ceroboh tanah) dikenakan tindakan kompaun tetapi kini semua pihak boleh tengok, bermula 2023 tidak ada lagi kompaun dikenakan.

Kini mereka yang terbukti bersalah terus dihadapkan ke muka pengadilan, sebagai contoh dua minggu lalu kita membawa dua individu yang meneroka tanah secara haram ke mahkamah dan masing-masing dikenakan denda sebanyak RM100,000. – Katanya.

Langkah tegas untuk lindungi bumi Pahang…

MB Pahang menjelaskan, pendekatan baru ini diambil bukan hanya untuk menghukum, tetapi untuk mendidik semua pihak. Sebelum ini hanya dikenakan kompaun RM20,000 hingga RM30,000, namun kini kerajaan mahu beri mesej jelas bahawa pencerobohan tidak lagi akan diterima.

Beliau turut menyangkal dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri tidak bertindak terhadap isu pencerobohan tanah.

Rakyat boleh tengok rekod sejak 2019 kerajaan negeri sudah menguatkuasakan ke atas sesiapa yang melakukan aktiviti haram ini (ceroboh tanah). – Katanya

Antara kes pencerobohan besar yang diceritakan melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Sungai Perdak. MB Pahang sendiri mengesan kawasan itu ketika rondaan helikopter dan dapati pokok durian ditanam secara haram di tengah hutan simpan.

Susulan itu, arahan segera diberikan kepada pihak PTG, Pegawai Daerah dan Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP) untuk ambil tindakan serta-merta.

BACA: “Cukup Memalukan!” – Sultan Pahang Murka Tanah Diceroboh

Kerajaan Pahang semakin tegas…

durian

Tindakan tegas ini membuktikan kerajaan negeri kini lebih serius dan tidak akan biarkan sebarang bentuk pencerobohan berlaku.

Usaha ini penting bagi memastikan khazanah alam dan tanah negeri tidak dimusnahkan oleh pihak yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Pssttt! Bila kerajaan ambil tindakan tegas macam ni, baru semua pihak rasa gentar dan hormat undang-undang. Isu pencerobohan tanah bukan perkara kecil. Ia libatkan alam sekitar, keselamatan dan masa depan negeri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas