Connect with us

Oh! Media

Tak Sangka Hanya RM4k, Anda Mampu Bercuti Ke Korea Selatan Sewaktu Musim Sejuk

korea

Oh! Travel

Tak Sangka Hanya RM4k, Anda Mampu Bercuti Ke Korea Selatan Sewaktu Musim Sejuk

Annyeonghaseyo korang!

ADVERTISEMENT

Bagi korang yang belum pernah melancong dan merasai musim sejuk, ini lah waktu yang paling sesuai dan menyeronokkan.

Kali ini kami akan kongsikan perkongsian perjalanan bercuti 5 hari 5 malam sewaktu musim sejuk di Korea Selatan oleh Najwa Syahirah Safian.

Berikut adalah persiapan sebelum memulakan perjalanan ke Korea Selatan:

Korea

Korea

Hari Pertama

Bermula hari pertama di Korea Selatan, korang boleh melawat ke Namsan Tower dengan hanya menaiki pengangkutan awam dari perhentian Hongik dan bas 01 ke Namsan Tower.

Korea

Korang perlu menyediakan wang sebanyak 11,000 won untuk membeli tiket menaiki kereta kabel yang dijual berdekatan dengan menara berkenaan.

Bagi memudahkan perjalanan di negara berkenaan, korang boleh muat turun 3 aplikasi navigasi ini untuk bantu korang mencari laluan ke destinasi seterusnya.

Korea

Kemudian, korang boleh singgah ke Myeondong Street yang merupakan syurga pelbagai jenis makanan dan tempat membeli belah untuk pelancong.

Korea

Malah, untuk korang ingin membeli belah di Myeondong Street pastikan bijak membuat perbandingan harga kerana ada sesetengah barangannya adalah lebih murah jika beli di Malaysia.

Menariknya, tidak perlu risau status halal makanan kerana terdapat Busan Jib @ Myeondong street iaitu restoran yang menghidang makanan halal korea dan bbq.

Korea

Hari Kedua

Untuk hari kedua, mulakan pengembaraan bercuti di Korea Selatan dengan menikmati keseronokan taman tema Lotte World.

Di Lotte World, korang dapat menaiki 7 rides yang mula beroperasi pada 10 pagi sehingga 6 petang pada hari minggu dan hujung minggu.

Tip untuk menjimatkan perbelanjaan korang adalah dengan membeli magic pass yang hanya bernilai RM259.99 untuk seorang.

Korea

Meneruskan lagi perjalanan korang ke salah satu ‘port’ popular instagrammble iaitu di Starfield Libary yang kemasukannya hanya percuma.

Korea

Hari Ketiga

Destinasi seterusnya adalah di salah satu lokasi popular bagi para pelancong yang datang ke Korea Selatan iaitu Pulau Nami.

Untuk ke Pulau Nami, korang boleh menaiki pengangkutan awam dari perhentian Hongik Universiti ke perhentian Gapyeong, lalu menaiki bus 104 untuk ke Gapyeong wharf.

Korang perlu menyediakan wang menggunakan bas sebanyak 13,000 won dan 14,000 untuk menaiki ferry ke Pulau Nami.

Korea

Daripada jetty Pulau Nami korang perlu menggunakan Tour bus yang hanya bernilai 8,000 won untuk menikmati keindahan Gangchon Railpark.

Gangchon Railpark merupakan destinasi yang sesuai untuk korang yang suka dengan permandangan gunung-gunung hijau dan sungai biru yang jernih.

Korea

Hari Keempat

Memandangkan korang sudah datang bercuti pada musim sejuk, wajib untuk korang berkunjung ke Vivaldi Ski Park.

Untuk membeli pakej pelancongan Vivaldi Ski termasuk pengangkutan dan pakaian musim sejuk boleh beli di laman web KLOOK yang berharga RM370.85.

Korea

Korea

Hari Kelima

Pada hari kelima korang boleh berkunjung ke Bukchon Hanok Village dan lebih mudah perjalanan korang jika menggunakan peta yang boleh diambil di kaunter info pelancong.

Korea

Ingin cuba pakai pakaian tradisional orang Korea Selatan?

Ha.. di Gyeongbokgung Palace adalah tempat yang paling sesuai kerana mereka ada menyediakan penyewaan hanbok untuk pelancong.

Menariknya, korang akan diberi masuk secara percuma kalau memakai hanbok untuk memasuki Gyeongbokgung Palace.

Korea

Salah satu tip untuk menjimatkan perbelanjaan sewaktu memilih kedai hanbok, korang boleh ke seberang palace tingkat 1 kerana lebih murah berbanding kedai yang lain.

Korea

Selepas seharian selesai berkunjung ke pelbagai destinasi, korang boleh mencuba tempat makan mesra muslim di Gosame Restaurant yang berdekatan dengan perhentian Hongik.

Korang hanya perlu berbelanja sebanyak 33,000 won untuk dua orang makan.

Semoga itenari 5 hari 5 malam di Korea Selatan ini bermanfaat untuk korang!

BACA: Ini 5 Lokasi ‘Instagrammble’ Yang Wajib Korang Kunjungi Di Korea Selatan

Sebelum ini kami ada kongsikan 5 lokasi instagrammble yang wajib korang kunjungi jika melancing ke Korea Selatan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Yayy!! Lepasni takyah susah dah kalau takda cash nak top up #kaddebit #kadkredit #mrt #sembangentertainment #ohmedia #as

♬ Happy – TimTaj

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas