Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Lokasi ‘Instagrammble’ Yang Wajib Korang Kunjungi Di Korea Selatan

Ohmedia  Korea

Oh! Travel

Ini 5 Lokasi ‘Instagrammble’ Yang Wajib Korang Kunjungi Di Korea Selatan

Annyeonghaseyo korang! Ha sebelum ini kami ada kongsikan dengan korang beberapa kedai makan yang halal dan wajib dikunjungi apabila korang bercuti ke Korea Selatan.

BACA: Pening Nak Cari Kedai Makan Di Korea Selatan? Ini 5 Restoran Halal Wajib Dikunjungi

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan arus pemodenan meliputi bangunan pencakar langit, warisan budaya, dan budaya K-Pop.

IKLAN

Kali ini kami akan kongsikan tempat-tempat instagrammble yang wajib korang kunjungi apabila bercuti di negara ini.

Jom lihat 5 senarai tempat yang instagrammable di Seoul, Korea Selatan!

COEX Mall Starfield Library

Korang yang layan k-drama mesti pernah nampak suasana perputakaan macam ni.

Kalau korang nak tahu, perpustakaan dekat Korea memang menarik sebab rak buku semuanya tinggi-tinggi. Dah boleh bayang kalau ambil gambar dekat celah-celah lorong rak sambil acah baca buku, mesti cantik. Kah!

Img 4649

Ttukseom Han River Park

Ok next, kita boleh pergi Ttukseom Han River Park yang banyak banggunan yang futuristik dan cantik sangat kalau bergambar.

Ttukseom han river park

Dalam pada itu, korang juga boleh jalan-jalan makan angin di sebuah taman awam berhampiran Jayang 3 (Sam) Dong.

Di sini terdapat banyak spot gambar yang cantik sekiranya bijak mencarinya. 

Dongdaemun Design Plaza (DDP)

Dongdaemun Design Plaza (DDP) adalah mercu tanda terbaru dan paling ikonik dalam industri reka bentuk Korea.

Ianya terletak di tengah-tengah kawasan Dongdaemun, DDP akan menjadi tempat utama untuk pertunjukan dan persidangan yang berkaitan dengan reka bentuk, pameran, dan acara dan perhimpunan lain.

Shutterstock 1383752837

Malah, Dongdaemun Design Plaza (DDP) juga adalah lokasi penggambaran untuk drama SBS “You Who Come from the Stars,” drama KBS2  “Produser,” dan drama MBC “She Was Pretty.”

Tambahan lokasi instagrammble ini juga antara lokasi paling banyak ditag Instagram di Korea pada tahun 2015.

Gyeongbokgong Palace

Gyeongbokgong Palace mula dibina pada tahun 1395 dan juga dikenali sebagai Istana Utara kerana kedudukannya jauh di utara berbanding dengan istana-istana Changdeokgung (Istana Timur) dan Istana Gyeonghuigung (Istana Barat).

Ecdd89f2 79d4 46a1 b474 6f132ffdc2d1

Lokasi ini boleh dikatakan istana yang paling indah dan kekal sebagai yang terbesar di kalangan kesemua istana di Korea Selatan.

Bukchon Hanok Village

Fotojet 30 1

Sebuah perkampungan tradisional di Seoul yang menempatkan rumah-rumah lama yang masih kekal dengan seni bina tradisional Korea dan masih berpenghuni.

Sekiranya korang ke sini, jangan lupa menggayakan baju tradisional Hanbok semasa bergambar.

Lawatan ke sini seperti mengembalikan ke masa lampau. Kampung yang tak terusik dengan peredaran masa.

Nanti apabila korang sudah sampai ke negara k-pop ini, jangan lupa singgah ke 5 lokasi instragrammable ni tau!

Kredit: Tripfez

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Img 4649
  • Shutterstock 1383752837
  • Ecdd89f2 79d4 46a1 b474 6f132ffdc2d1
  • Ttukseom han river park
  • Fotojet 30 1
  • Ohmedia  Korea
  • Img 4649
  • Shutterstock 1383752837
  • Ecdd89f2 79d4 46a1 b474 6f132ffdc2d1
  • Ttukseom han river park
  • Fotojet 30 1
  • Ohmedia  Korea

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas