Oh! Travel
Restoran Malini Di Uluwatu, Bali! Lokasi Wajib Singgah Lihat Pemandangan Tebing Tinggi Yang Memukau
Restoran Malini Seafood & Sunset Uluwatu di Bali tawarkan pemandangan tebing laut menakjubkan.
Kalau bercuti ke Bali, memang tak sah kalau tak ke Uluwatu! Kawasan paling ikonik dengan pemandangan laut biru dan tebing tinggi yang memukau.
Di sini, terdapat satu port makan wajib singgah dan dicadangkan oleh rakyat tempatan sendiri iaitu Restoran Malini Seafood & Sunset Uluwatu.
Lokasi tepi tebing dengan suasana tenang
Terletak di tebing Uluwatu, restoran ini menghadap terus ke Lautan Hindi dengan suasana tenang dan romantik.
Walaupun berada tinggi di tebing, ia tetap memberi beachfront vibe dengan panorama laut terbentang luas.
Lokasi terbaik kalau nak santai-santai sambil tengok matahari terbenam!
Makanan, suasana & ‘vibe’ Bali yang sempurna

Malini Seafood & Sunset Uluwatu terkenal dengan hidangan makanan laut segar serta pelbagai masakan Indonesia yang autentik.
Selain itu, mereka turut menyajikan koktel hasil tangan sendiri yang jadi pilihan ramai pengunjung dari seluruh dunia.
Dekorasi restoran ni pula gabungan unsur tropika moden. Ada kayu, batu, dan warna bumi menjadikan suasana nampak mewah tapi tetap santai.
Tak hairanlah kalau tempat ini jadi spot popular untuk romantic dinner dan sesi healing yang tenang.
Untuk tengok suasana di restoran Malini, korang boleh tonton episod penuh di Youtube KS Lagi.
Dalam episod istimewa kali ini, Shahril Hamdan serta rakan pemandu Grab dari Malaysia, Encik Syukri dan Indonesia, Pak Akhmad Munawir menjelajah Bali, Indonesia!
Memang seronok tengok pengalaman mereka teroka tempat tarikan pelancong, nikmati makanan tempatan dan selami budaya masyarakat Bali.
Pssttt! Kalau korang ada plan ke Bali, jangan lupa masukkan tempat makan dan tarikan pelancong ni dalam senarai tau!
Kredit: Youtube KS Lagi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.