Oh! Artis
Rumah Tangga Deddy Corbuzier Dan Sabrina Chairunnisa Didakwa Retak
Rumah tangga Deddy Corbuzier dan Sabrina Chairunnisa didakwa retak.
Pasangan selebriti popular Indonesia, Deddy Corbuzier dan Sabrina Chairunnisa yang baru tiga tahun mendirikan rumah tangga dikatakan sudah bercerai.
Spekulasi ni makin kuat bila netizen perasan Sabrina dah padam gelaran “Mrs Corbuzier” dari bio Instagram miliknya. Malah, Sabrina juga dah tak follow akaun Instagram suaminya sendiri.
Sabrina padam gambar bersama Deddy…

Apa yang lebih mencuri perhatian, ramai perasan Sabrina dah memadam hampir semua gambar bersama Deddy dan cuma tinggalkan satu gambar perkahwinan mereka saja.
Perkara ini buat ramai tertanya-tanya sama ada rumah tangga pasangan selebriti ni sedang bermasalah.
Peminat buat spekulasi…
Rata-rata peminat beranggapan tindakan Sabrina seolah-olah jadi bayangan bahawa ada isu rumah tangga yang sedang berlaku.
Namun begitu, sampai sekarang baik Deddy mahupun Sabrina masih belum keluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan mengenai gosip yang tengah hangat diperkatakan ni.
Untuk rekod, Deddy dan Sabrina berkahwin pada 6 Jun 2022 selepas beberapa tahun bercinta. Pasangan ini juga masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka.
Pssttt! Kadang-kadang, apa yang kita nampak di media sosial belum tentu cerita sebenar. Jangan cepat buat andaian sebab hanya mereka berdua saja tahu apa yang sedang berlaku. Ohmedia nasihatkan korang supaya lebih berhati-hati bila komen isu rumah tangga orang, sebab setiap kata-kata boleh jadi doa atau menambah luka.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM