Bagi korang yang ingin meneroka tempat baru untuk dilawati sewaktu melancong ke Korea Selatan, korang boleh ke wilayah Gangwon.
IKLAN
Gangwon merupakan sebuah wilayah pantai timur di Korea Selatan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan aktiviti lasak yang mendebarkan.
Bukan itu sahaja, wilayah ini juga terkenal dengan budaya tradisional dan tempat pengambaran k-pop serta k-drama.
Berikut adalah 5 destinasi cantik dan menarik untuk dilawati di wilayah Gangwon, Korea Selatan yang dikongsikan oleh KakiTravel.net.
Jom kita lihat!
Samyang Ranch (Pyeongchang)
Samyang Ranch merupakan ladang terbesar di Korea Selatan dan juga antara ‘hot spot’ penggambaran banyak k-drama.
Di lokasi ini korang berpeluang untuk memberi biri-biri makan sambil menikmati permandangan ladang hijau yang sangat besar.
Menariknya, sewaktu korang melancong pada musim salji korang turut berpeluang melihat beberapa kawasan dan gunung yang dilitupi dengan salji.
Jumunjin Breakwater (Gangneung)
Lokasi yang terletak di Gangneung merupakan ‘hot spot’ pelancong bagi adegan drama popular siri Goblin.
Kebanyakan pelancong akan ke lokasi popular ini bersama pasangan mereka untuk mencipta semula adegan popular drama itu.
Antara aktiviti yang korang dapat lakukan adalah menunggang ‘rail bikes’ di tepi laut Jeongdongjin di sepanjang landasan kereta api yang lama dan menawan.
Deep Dive Museum (Pyeongchang)
Untuk korang yang minat dengan seni moden wajib kunjungi Deep Dive Museum yang merupakan pameran seni media moden.
Muzium ini berkonsepkan ‘Journey to the mysterious world’ telah menampilkan pelbagai pameran media yang menggabungkan elemen lampu, suara serta bau.
Muzium ini merupakan muzium interaktif di Pyeongchang dan ia berada dalam kawasan resort ski Mona Yongpyong.
BTS Bus Stop (Gangneung)
Korang peminat setia kumpulan artis Korea Selatan, iaitu BTS?
Sudah semestinya wajib ke lokasi ini kerana ia merupakan penggambaran bagi kulit album BTS iaitu “You Never Walk Alone” dan lagu tajuknya “Spring Day” .
BTS Bus Stop itu telah dijadikan replika bgai peminat selepas album berkenaan di keluarkan.
Perhentian bas itu terletak ditengah-tengah kawasan tepi pantai biru, Jumunjin Beach dan telah meraih kunjungan pelancong daripada pelbagai negara.
King Canoe (Chuncheon)
Bagi korang yang meminati aktiviti air yang lasak, boleh kunjungi King Canoe yang terletak di Chuncheon, Gangwon.
Menariknya, di lokasi ini korang akan dapat belajar cara untuk menggunakan kayak yang diajar oleh instraktur profesional.
Malah ,korang juga dapat menikmati keindahan permandangan sungai dan tasik di sekitar Uiamho.