Annyeonghaseyo korang!
Untuk pengetahuan korang, negara Korea Selatan bukan sahaja terkenal dengan hiburan lagu K-pop atau drama Korea yang sering korang tonton.
Menariknya, Korea Selatan juga terkenal dengan makanan jalanan mereka yang sangat popular di kalangan rakyatnya dan pelancong yang berkunjung ke sana.
Korang mesti tak sabar kan nak tahu makanan apa? Ini adalah 4 makanan jalanan Korea Selatan yang wajib korang cuba.
Hotteok (Lempeng manis)
Makanan yang pertama adalah hotteok, ia merupakan mini lempeng yang mempunyai inti di dalam iaitu kayu manis dan kacang.
Makanan jalanan ini adalah makanan ringan yang amat digemari oleh rakyat Korea Selatan dan pelancong yang berkunjung.
Kebiasaanya, hotteok akan dimakan ketika panas-panas kerana korang akan terasa kemanisan inti di dalamnya.
Bungeopang (Roti berbentuk ikan)
Seterusnya, makanan jalanan yang wajib korang cuba adalah bungeopang. Ia merupakan roti panas berbentuk ikan dan ia sangat lembut dan rangup.
Menariknya, pencuci mulut ini mempunyai pelbagai jenis inti, antaranya adalah inti kacang merah manis.
Bungeopang juga merupakan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan orang Korea Selatan.
Eomukguk (Korea odeng)
Bagi korang yang selalu tonton drama Korea Selatan , mesti pernah nampakkan mereka makan Eomukguk ni.
‘Eomuk’ bermaksud kek ikan dan ‘Guk’ pula adalah perkataan Korea Selatan untuk sup.
Eomukguk adalah makanan jalanan yang paling popular, lebih-lebih lagi pada musim sejuk di Korea Selatan.
Makanan jalanan ini sangat enak kerana resepi sup adalah kek ikan dengan stok ikan bilis.
Gyeranppang (Roti telur manis)
Makanan jalanan terakhir yang wajib korang cuba jika berkunjung ke Korea Selatan adalah gyeranppang.
Gyeranppang merupakan roti kecil yang manis, panas dan sangat gebu kerana mempunyai telur di dalamnya.
Jika berada di Korea Selatan, korang tidak akan terlepas dari menghidu bau enak gyeranppang yang dijual di kedai-kedai tepi jalan.
Ha, korang jangan lupa masukkan 4 makanan jalanan ini dalam senarai makanan yang wajib korang cuba jika melancong ke Korea Selatan tau.
BACA: Pening Nak Cari Kedai Makan Di Korea Selatan? Ini 5 Restoran Halal Wajib Dikunjungi
Sebelum ini kami ada kongsikan, 5 restoran halal yang wajib korang kunjungi jika buntu memikirkan tempat makan di Korea Selatan
Kredit: TikTok Marimogo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.