Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Maafkan Tisha Shamshir, Tapi Belum Tentu Boleh Kembali Berlakon Dalam Gerak Khas 2.0

ohmedia yusof haslam tisha shamsir

Trending

Yusof Haslam Maafkan Tisha Shamshir, Tapi Belum Tentu Boleh Kembali Berlakon Dalam Gerak Khas 2.0

Yusof Haslam memaafkan Tisha Shamshir susulan kontroversi kes dadah, namun kemunculannya semula dalam Gerak Khas 2.0 masih belum pasti.

Intipati berita

  • Yusof Haslam berkata tiada dendam terhadap Tisha dan berharap orang ramai tidak terus memanjangkan kontroversi kes dadah yang melibatkannya.
  • Yusof berharap Tisha mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu, memperbaiki diri dan memikirkan kesannya terhadap keluarga.
  • Peluang Tisha untuk kembali berlakon masih belum pasti kerana drama kepolisan perlu menjaga etika dan imej yang baik.
  • Yusof menjelaskan kemungkinan Tisha kembali berlakon bergantung pada pertimbangan pihak PDRM dan berharap pelakon itu turut memohon maaf kepada pihak berkenaan.

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan pelakon Tisha Shamshir yang terpalit kontroversi berkaitan kes dadah.

Menurut laporan Kosmo, Yusof berkata permohonan maaf yang dibuat Tisha secara terbuka sebelum ini sudah memadai dan dia berharap orang ramai tidak terus memanjangkan isu tersebut sehingga mengundang kecaman.

IKLAN

Tiada dendam. Saya sudah lama memaafkan dia. Saya cuma berharap dia dapat belajar daripada kesilapan seterusnya kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.

Bagi saya, benda sudah lepas. Dia pun sudah meminta maaf, jadi kita jangan panjangkan lagi jadikan isu. Fasal kes di mahkamah, yang itu biar ditentukan undang-undang.

Takkan kita tidak boleh maafkan sesama insan. Setiap orang pastinya mempunyai khilaf masing-masing.

Pendapat Yusof Haslam terhadap Tisha?

yusof haslam

Pemilik syarikat Skop Productions itu turut berpendapat bahawa setiap individu wajar diberikan peluang untuk memperbaiki diri selepas melakukan kesilapan, asalkan benar-benar mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku.

Yusof juga menasihati Tisha supaya mengubah cara hidup dan menjadikan pengalaman lalu sebagai ruang untuk bermuhasabah, termasuk memikirkan kesannya terhadap keluarga.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran, bukan hanya kepada dirinya, malah kepada orang lain agar jangan silap langkah.

Jika seseorang itu mahu berubah ke arah kebaikan, kita pun kena doakan yang baik-baik. Jalan di depan sana masih panjang.

Berlakon semula dalam Gerak Khas?

tisha shamsir

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai kemungkinan Tisha kembali berlakon dalam produksinya, khususnya drama kepolisan, Yusof menjelaskan bahawa perkara itu perlu mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, drama kepolisan mempunyai etika tersendiri dan perlu menjaga imej yang baik, lebih-lebih lagi apabila kontroversi yang melibatkan seseorang pelakon berkaitan dakwaan kes dadah.

Drama kepolisan ini terikat dengan etika, bawa imej yang bersih. Kes mahkamah dihadapinya pula melibatkan dakwaan berkaitan dadah.

Bagi saya kita membawa imej yang baik, jadi kembali buat masa ini mungkin tidak. Kalau ada pertimbangan daripada pihak PDRM, itu cerita lain.

Saya pun tak boleh nak cakap apa. Kita tengoklah macam mana nanti. Cuma harapnya dia turut minta maaf kepada PDRM.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas