Trending
Fazley Yaakob Nafi Sudah Kahwin Dengan DSV, Akui Hati Dah Bersedia Tapi Ada Proses Perlu Dilalui
Fazley Yaakob menafikan sudah berkahwin atau bertunang dengan Datuk Seri Vida, namun mengakui mereka mempunyai hasrat untuk disatukan secara halal.
Intipati berita
- Fazley Yaakob menafikan dakwaan sudah berkahwin atau bertunang dengan Datuk Seri Vida (DSV).
- Fazley mengakui hati mereka sudah bersedia untuk berkahwin, malah pernah merancang untuk bernikah dalam masa terdekat.
- Mereka perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu, termasuk urusan keluarga, dokumen dan adat Melayu seperti merisik, bertunang serta bernikah.
- Fazley berharap orang ramai mendoakan agar hasrat mereka untuk disatukan secara halal dipermudahkan, sambil memberi ruang kepada adik-adiknya terlebih dahulu.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).
Menurut laporan Oh Bulan, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob menjelaskan bahawa mereka juga masih belum mengikat tali pertunangan meskipun ramai yang mendoakan hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Fazley Yaakob dah bersedia nak kahwin?

Menurut Fazley, dia menghargai kata-kata manis dan doa positif daripada orang ramai. Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa mereka belum berkahwin mahupun bertunang setakat ini.
Alhamdulillah. Saya suka bila ada kata-kata manis dan doa-doa yang positif. Setiap kata-kata itu adalah satu doa. Jadi kalau kata kami dah kahwin, jawapannya belum. Bertunang pun belum.
Adakah kami bakal disatukan? Itu memang perjalanan dan doa kami dan harapan, insya-Allah.
Fazley turut mengakui bahawa dia dan DSV pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kedua-dua keluarga disatukan.
Kalau ikutkan, dua tiga minggu sebelum ini memang nak kahwin. Hati itu memang dah sampai, tapi apabila dua keluarga bakal disatukan, kita ada proses-proses untuk menjaga hati, menyatukan keluarga, ada ‘paperwork’ yang nak kena buat.
Sebab yang berkahwin ini bukan teruna dan dara, tetapi duda dan janda. Jadi proses itu mengambil masa sedikit dan tunggu dan doakan yang terbaik.
Mahu ikut adat melayu

Dalam masa sama, pelantun lagu Asmara Ini itu berkata dia dan DSV mahu memastikan hubungan mereka disatukan mengikut adat Melayu, termasuk melalui proses merisik, bertunang dan seterusnya bernikah.
BACA: Fazley Yaakob Sahkan Sedang Bercinta Dengan Vida
Katanya, perkara itu penting kerana mereka perlu menghormati keluarga serta orang tua daripada kedua-dua belah pihak.
Sebab saya dan DSV memang menjaga adat kerana kita ada orang-orang tua dalam keluarga. Orang tua sebelah keluarga saya, orang tua sebelah keluarga DSV.
Jadi adat itu kita akan patuhi. Bermakna kita akan melalui proses merisik, bertunang, nikah dan sebagainya dan menghebahkan pada umum. Jadi nantikan, doakan supaya apa yang kami hasratkan, dua keluarga ini dapat disatukan secara halal, insya-Allah.
Tambah Fazley, keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan bukan hanya melibatkan dirinya dan DSV, malah memerlukan perbincangan secara terbuka bersama keluarga serta anak-anak masing-masing.
Apabila masing-masing ada keluarga dan anak-anak, kita berbincang secara telus dan pada saya, adat Melayu itu perlu kita patuhi. Jadi tidak boleh melangkau apa-apa adat.
Tak boleh tunang sebelum merisik, tak boleh nikah ataupun sebelum buat pengumuman dan sebagainya. Mesti ada langkah-langkah yang kita hormati.
Fazley turut menjelaskan bahawa mereka memilih untuk memberi ruang kepada adik-adiknya terlebih dahulu sebelum mengumumkan perkembangan seterusnya mengenai hubungan mereka.
Tapi saya cakap ramai orang bertanya mengapa belum ada apa-apa paparan, pada saya begini. Kita beri laluan pada adinda-adinda saya. Selepas itu, insya-Allah mungkin kami pula yang akan melancarkan perjalanan dan melangsungkan apa yang perlu dilangsungkan, insya-Allah.
