Connect with us

Oh! Media

Ini Port Makan Muslim Friendly Yang Kami ‘Recommend’ Di Hong Kong, Confirm Puas Hati!

Ohmedia makan Best Hk

Oh! Travel

Ini Port Makan Muslim Friendly Yang Kami ‘Recommend’ Di Hong Kong, Confirm Puas Hati!

Boleh dikatakan di Hong Kong mudah je nak cari makanan halal, untuk recommendation boleh tengok list ini!

Kalau sebut Hong Kong je, ramai terbayang dim sum, street food dan suasana bandar penuh warna-warni. Tapi mesti ada yang risau kan, “Eh senang ke nak cari makanan halal dekat sana?”

Jangan risau gais, sekarang dah banyak restoran halal dan muslim-friendly yang pasti buat korang makan dengan tenang.

Tak perlu risau, makanan halal mudah didapati di Hong Kong!

Jom Ohmedia kongsi 5 spot halal wajib singgah kalau korang ke Hong Kong. Lima restoran ni berdasarkan pengalaman Ohmedia sendiri ketika bercuti ke Hong Kong baru-baru ni.

IKLAN

1. Cuisine Cuisine @ The Mira, Tsim Sha Tsui

Hong Kong

Nak rasa macam VVIP makan malam dekat Hong Kong? Ha, Cuisine Cuisine ini memang level fine dining gais.

Restoran dalam hotel The Mira ini menyediakan menu halal ala Kantonis. Suasana dia classy habis, sesuai la kalau korang nak feeling sambut hari istimewa masa bercuti nanti.

Cuisine Cuisine

Tak perlu ragu-ragu kerana restoran ini mempunyai sijil halal yang diperakui.

Kalau korang menginap di hotel ini, di bilik ada disediakan sejadah, al-Quran dan arah kiblat untuk solat. Memang memudahkan!

2. Jade Restaurant @ The Fullerton Ocean Park Hotel

Jade

Lepas seharian enjoy roller coaster dan melihat macam-macam haiwan di Ocean Park, mesti perut dah berkeroncong.

Ohmedia cadangkan korang untuk cuba Jade Restaurant sebab di sini ada menu Kantonis halal yang sedap.

Jade

View di restoran ini memang superb kerana berdekatan dengan laut yang terbentang luas. Makanan halal dan pemandangan memukau, memang padu combo ni!

3. Tagline Restaurant

Tagline

Kadang-kadang tekak kita ni tak boleh lari dari masakan berempah kan? Di Tagline, korang boleh layan nasi briyani, naan panas, butter chicken dan banyak lagi.

Tagline Signatures

Restoran ini ada sijil halal, menu pun lebih kepada gabungan masakan Arab dan India. Nak tukar selera dari Chinese food? Inilah port dia.

4. BKK – Restoran Thailand Halal

Bkk

Kaki Thai food, mari rapat! Restoran BKK ni halal certified, menu pulak memang bikin terliur. Ada pad thai, wagyu beef dan chicken curry. Finally Ohmedia jumpa menu pedas gais.

Bkk

Suasana restoran ini moden terletak di bangunan yang asalnya merupakan kuarters polis laut, tetapi diubah menjadi tempat tarikan pelancong. Menarik kan?

Pmq 03

5. Rainbow Seafood Restaurant, Lamma Island

Nak rasa seafood fresh halal friendly? Jom naik feri ke Lamma Island. Di pulau ini ada Lamma Rainbow Seafood Restaurant yang terkenal dengan udang, ikan dan ketam segar. Menu dia lain sikitlah daripada yang biasa kita nikmati di Malaysia, tapi gerenti puas hati!

Steamed Shrimp with Garlic
Udang steam bawang putih
Grandpas Stir fried Spicy Crab
Grandpas Stirfried Spicy Crab
Rainbow Fish
Rainbow Fish

Oh! Tips untuk korang

  • Jangan lupa semak tanda halal atau tanya staff restoran.
  • Banyak hotel dan tarikan utama dah ada surau serta ruang solat siap kemudahan wuduk. Tinggal bawa telekung je.
  • Susun itinerary awal-awal supaya senang cari tempat makan halal dengan tempat korang lawati

Jadi siapa kata susah nak cari makanan hala di Hong Kong? Sebenarnya banyak je pilihan, dari yang eksklusif sampai la ke pocket-friendly.

Lepas ni kalau korang ada rancangan nak ke Hong Kong, jangan lupa masukkan salah satu restoran ini dalam itinerary korang ya!

Nak tahu banyak lagi tempat makan muslim friendly yang lain korang boleh layari laman web discoverhongkong.com

Pssttt! Memang seronok sangat percutian kali ini tau, ianya akan menjadi kenangan manis buat Ohmedia! Terima kasih Hong Kong Tourism.

Kredit: Discover Hong Kong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas