
Oh! Travel
Lokasi Muslim Friendly Yang Wajib Korang Tahu Di Hong Kong! Yang Last Paling Unexpected
Oleh
Walaupun jarak perjalanan Malaysia ke Hong Kong hanya mengambil masa selama 4 jam melalui penerbangan, ini boleh dikatakan kali pertama kami jejakkan kaki ke negara yang dikenali sebagai “Pearl of the Orient”.
Lagi terkejut perjalanan kami kali ini, ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) menerusi kempen terbaru mereka, Jelajah Hong Kong dengan tujuan “Pelancongan Muslim Global”.
Ha, pelancongan Muslim di Hong Kong? Hong Kong ni Muslim Friendly ke sampai nak buat “Pelancongan Muslim Global”? Ini lah pertanyaan yang berlegar di fikiran apabila kami menerima jemputan tersebut.
Awal-awal memangla excited, bila dapat tahu kami dapat travel secara PERCUMA! Tapi agak confuse ya dengan tema kali ni. Terutamanya, Hong Kong bukanlah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.
Trip ke Hong Kong kali ini juga mengumpulkan personal media dari 3 buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ha, boleh tahan menarik juga ya trip kali ni.
Day 1: Muslim Friendly Hotel Di Hong Kong?
Setibanya kami di Hong Kong International Airport, kami dibawa untuk melihat Pameran “Twilight of the Warriors: Walled In” yang menunjukkan Kowloon Walled City yang terletak di Lapangan Terbang.
Yang mana dah tengok movie ni mesti familiar kan dengan tempat-tempat ni. Mana tak nya, bangunan ini adalah bangunan sebenar yang digunakan sewaktu penggambaran filem tau.
Sesudahnya, kami dibawa ke hotel penginapan, Hotel Alexandra Hong Kong sementara menunggu ketibaan rakan media Singapura dan Indonesia.
Disebabkan kami yang pertama tiba, dapa juga la berehat di bilik dan usya-usya sikit kawasan hotel ni. Dari first impression lagi, kami agak terpegun dengan reka bentuk mewah hotel ni. Tapi apa yang lagi mengejutkan, bila kami diberitahu yang hotel ni Muslim Friendly!
Setiap bilik disediakan dengan tanda arah kiblat dan korang boleh request sejadah lagi. Paling best, cafe Hotel Alexandra ini turut menyediakan sudut khusus makanan halal yang disahkan oleh Perbadanan Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong (BOT), badan berkuasa pensijilan restoran Halal tempatan.
Jangan terkejut tau, semua menu makanan dan restoran yang kami kunjungi sepanjang perjalan 4 hari, 3 malam di Hong Kong ini telah disahkan halal oleh BOT (tidak termasuk air).
Menjelang waktu malam, kami berkumpul kembali bersama media Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menikmati makan malam pertama di Hong Kong.
Kami dibawa ke sebuah Restoran Itali yang baru menerima sijil halal dan merupakan pakar dalam pembuatan pasta yang dihidangkan bersama daging stik yang dikeringkan selama 21 hari iaitu, Pasteako.
HA! Ingat kami terus jadi vegetarian ke dekat sini? Tentulah tidak ya.
Day 2: Pelajari Budaya Dan Nikmati Pengalaman Di Tai O Fishing Village
Hari kedua, seawal 10.30 pagi kami tiba di Tai O Fishing Village yang merupakan sebuah kampung tradisional terapung yang memaparkan budaya dan cara hidup nelayan tempatan.
Dapat juga la kami merasa naik perahu persiaran Tai O untuk menuju ke Traditional Stilt House di sana.
Kami berpeluang untuk bertemu dengan penduduk di sana dan mendengarkan kisah mereka. Tambah pula, kami ditemukan dengan sepasang suami isteri yang menyara hidup mereka dengan membuat dan menjual telur masin. Agak beruntung juga apabila kami semua diberi peluang untuk mencuba sendiri membuat Sun-dried Salted Egg Yolks. Siap dapat bawa balik seorang satu.
Pada sebelah petang pula, kami dibawa ke Ngong Ping Village, Lantau Island untuk menikmati suasana di sana. Sewaktu kami berada di Ngong Ping Village ni, kami sedar betapa mereka sangat menitik beratkan keperluan pengunjung terutamanya bagi Muslim.
Kalau di tempat lain korang mungkin akan temukan ruang “quiet place” sebagai ruang ibadah. Tapi di Ngong Ping Village korang dapat tunaikan solat di bilik solat yang lengkap dengan segala keperluan.
Kalau korang berpeluang melawat Ngong Ping Village dan ingin menggunakan bilik solat ini, korang hanya perlu request di Holidays 360 Information Centre.
Bila semua dah siap solat, tiba la waktu yang dinanti-nantikan iaitu Ngong Ping Crystal Cable Car Ride yang menghubungkan kawasan downtown Tung Chung dan Ngong Ping Lantau.
Terlihat jelas ya diwajah masing-masing betapa excitednya diorang. Walaupun, ada juga la yang cuak. Tapi nak buat macam mana, pengalaman sekali seumur hidup la katakan.
Tapi jujur, pemandangan dari atas memang cukup memukau, terutamanya apabila terdapat banyak gunung ganang yang terpelihara dengan cukup baik di sana. Yang mana nak healing tu, boleh la datang sini.
Dah puas nikmati pemandangan dari atas, sudah tiba la masanya untuk kami menikmati makan malam pula. Dah enjoy seharian, perut masing-masing dah mula mainkan bunyi loceng tersendiri. Untuk makan malam kami kali ini, kami dibawa ke sebuah restoran masakan Vietnam iaitu MAMTOM.
Diantara semua restoran yang kami lawati, ini antara yang paling tidak boleh dilupakan.
Korang wajib cuba HOT Pho Bo Wagyu di Mamtom. Sup daging lembu yang dimasak perlahan selama 24 jam dan dihidangkan dengan daging lembu dan sirloin. Nak lagi lengkap, korang boleh tambah dengan sumsum tulang panggang! Pergh, yang ini memang ON TOP!
Perut dah terisi, mata pun dah terbuka luas, apa lagi? SHOPPING TIME! Sebelum kami pulang beradu, kami dibawa ke Ladies Market. Sumpah rambang mata! Korang boleh dapatkan pelbagai cenderamata dengan harga yang lebih murah kalau korang pandai tawar-menawar. Jiwa emak-emak ku meronta!
Korang jangan terkejut pula kalau terdengar penjual dekat sana berbahasa melayu tau! Boleh dikatakan mereka agak familiar dengan pelancong Malaysia.
Day 3: Sejarah Malaysia & Hong Kong Berkait?

Kalau sebelum ni kami dah dibawa ke perkampungan nelayan untuk rasai sendiri tradisi mereka, untuk hari ketiga ini kami berpeluang melawat balai polis lama Hong Kong yang dipelihara.
Setiap sudut juga telah dibaik pulih dan digunakan sebagai ruang pameran, kafe dan muzium.
Kalau korang perasan reka bentuk bangunan di sini juga mempunyai elemen yang sama dengan bangunan bersejarah di Malaysia, seperti Dewan Bandaran Ipoh yang dibina pada zaman jajahan British.
Ha, kalau korang nak tahu, Hong Kong juga mempunyai sedikit perkaitan sejarah dengan Malaysia yang pernah dijajah British.
Selain kami dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang sejarah dan budaya mereka, tentulah kami tak lepaskan peluang untuk OOTD di setiap sudut. Terus feeling photoshoot!
Tidak jauh dari balai polis lama ini, korang juga boleh melawat Central Market yang menjual pelbagai makanan, dan kraftangan yang unik.
Bila dah sampai sini ingatkan saja nak luangkan masa, tengok-tengok je. Mana taknya, kita dah borong magnet peti ais di Ladies Market semalam. Kira settle la untuk orang dekat rumah tu.
Tiba-tiba pula kitorang terjumpa kedai pastri halal yang boleh dijadikan cenderamata di Central Mart iaitu Imperial Patisserie dan Ming Artisan. Bila kami tengok semua packaging diorang, sumpah comey do’oh! Maaf kami TERACUN!
Yang penting bukan kami je yang teracun, semua keluar dengan bag di tangan ya.
Dah habis shopping tu, kami dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangka-sangka! Sebelum ini kami diberitahu salah satu aktiviti yang dinanti-nantikan terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Namun, kami dikhabarkan aktiviti tersebut dapat diteruskan seperti biasa!
Apa lagi aktiviti terbaik untuk nikmati pemandangan panorama Hong Kong di waktu malam kalau bukan pelayaran Aqua Luna! Confirm ini salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh kami semua.
Pastikan korang sediakan Octopus Card kalau nak belayar di sini tau.
Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa ke sebuah restoran masakan India asli iaitu Bombay Dreams. Restoran ini telah memperoleh pengiktirafan Michelin Guide Bib Gourmand pada tahun 2009 tau. Patutlah, dari mula kami jejakkan kaki ke dalam restoran hingga ke hidangan terakhir, semuanya tersusun rapi. Rasa makanan dah tak perlu cakap. Kalau dah dapat pengiktirafan Michelin tu faham-faham je la.
Day 4: Putar Waktu Kembali Ke Zaman Terindah
Akhirnya tiba di hari terakhir kami berada di Hong Kong. Kalau diingatkan kembali, sedih rasanya bila terfikir ini hari terakhir kami disini. Baru hendak bermesra, mula berkenalan tapi harus berpisah hingga dipertemukan kembali suatu saat nanti, namun menyedari kami dapat mencipta memori terindah di saat terakhir kali bersama di tempat yang paling ditunggu-tunggu, semua kembali bersemangat!
Tempat di mana kita bagaikan mempunyai kuasa untuk putarkan waktu kembali ke zaman terindah. Waktu dimana kita tidak dibebani oleh beratnya kehidupan. Mana lagi kalau bukan Disneyland Hong Kong! Ini confirm ada dalam wishlist korang juga kan?
Sesampainya kami di sana, kami dikejutkan lagi dengan satu berita baik dari pihak Disneyland Hong Kong. Buat pertama kalinya “World Of Frozen” akan meraikan sambutan Krismas pertama mereka!
Kami juga berpeluang menjadi antara yang pertama menikmati persembahan bersama warga Arendelle! Tiba-tiba terasa seperti kami la Elsa tu.
Ha, persembahan dah tengok, rides pun semua la kami terjah, tiba la masanya semua dah merungut kelaparan. Nak keluar makan, tapi nanti dah tak boleh masuk, macam mana ni?
Jangan risau, korang boleh berkunjung ke Tahitian Terrace satu-satunya restoran halal yang bertempat di dalam Disneyland Hong Kong.
Selain itu, korang juga boleh menunaikan solat ataupun berehat di ruang “quiet place” yang disediakan. Macam ni, masuk pagi keluar malam pun, no hal la.
Pejam celik, pejam celik, sudah tiba masanya kami mengambil langkah pulang ke tanah air tercinta. Selama 4 hari, 3 malam ni, pelbagai aktiviti telah kami lakukan, makanan telah kami nikmati, dan kami sempat berkenalan dengan personal media yang mengikuti trip kali ini.
Setiap perjalan dan tempat yang kami lawati diatur dengan teliti oleh pihak HKTB agar semua orang dapat menikmati Hong Kong SEPENUHNYA! Terima kasih HKTB atas jemputan ini. Ia telah menjadi pengalaman yang bermakna buat kami semua.
Kalau korang ingin merancang perjalan ke Hong Kong, jangan lupa layari Laman Web Pelancongan Muslim HKTB untuk dapatkan pelbagai maklumat menarik tentang kemudahan dan Muslim Friendly spot yang wajib korang lawati! Senarai restoran halal di Hong Kong juga tersedia tau.
Tunggu apa lagi? Jumpa korang di Hong Kong !
