Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Cemas Lelaki Misteri Tersengih-Sengih Dan Bergelang Emas Datang Ketuk Tingkap Kereta

wanita cemas

Trending

(Video) Wanita Cemas Lelaki Misteri Tersengih-Sengih Dan Bergelang Emas Datang Ketuk Tingkap Kereta

Siapa jer tak cemas kalau tiba-tiba jadi macam ni, lagi-lagi bila ia berlaku kepada orang perempuan. Melihat video yang dikongsikan mStar, seorang wanita yang sedang menunggu suami di dalam kereta tiba-tiba didatangi seorang lelaki misteri.

ADVERTISEMENT

Apa yang lebih mencemaskan bila lelaki itu telah mengetuk beberapa kali cermin wanita berkenaan sambil tersengih-sengih.

Gelagat lelaki berpakaian jubah, berkopiah dan memakai gelang emas itu berjaya dirakam wanita berkenaan dan dikongsikan melalui TikTok.

Kejadian berlaku di lapangan terbang Kelantan..

mStar yang menghubungi wanita yang dikenali sebagai Nurul Ain menceritakan kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan ketika dia sedang menunggu ketibaan suaminya.

Ikut jadual penerbangan, suami sampai pukul 10.30 pagi. Saya datang awal ke lapangan terbang dan menunggu dekat tempat drop off pukul 10 pagi.

Keadaan di situ tenang sehingga saya nampak seorang lelaki berjubah dan kopiah berwarna gelap datang dari arah hadapan menghala ke kereta saya.

Pelik tengok lelaki pakai gelang emas..

Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati apabila nampak lelaki itu berjubah dan berkopiah tapi pakai gelang emas. Pelik lelaki pakai gelang emas. Kereta saya pula auto lock. Apabila nampak lain macam tu, saya terus kunci kereta.

Tindakannya untuk mengunci kereta adalah tepat kerana memang lelaki itu menuju ke keretanya. Nurul yang takut dan panik kemudian terfikir untuk membunyikan hon dan ternyata baru sekali menekan hon lelaki terbabit terus lari.

Faham sebab pernah kena..

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas