Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Pesakit ‘Diculik’ Dan Dipaksa Duduk Di ICU, JKNPP Tampil Beri Penjelasan

Trending

Tular Dakwaan Pesakit ‘Diculik’ Dan Dipaksa Duduk Di ICU, JKNPP Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah kejadian berkaitan seorang pesakit positif yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang yang didakwa diculik dan dipaksa berada di ICU oleh kakitangan hospital.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Pengambilan Vaksin Buatkan Bilangan Warga Emas Masuk Ke Wad ICU Berkurang’ – DG Hisham

Hal itu selepas kecoh sebuah rakaman audio pesakit berkenaan yang mendakwa dirinya masih sihat namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan.

Selain itu tular juga tanda pagar #BebaskanAffendy yang dimulakan oleh seorang individu yang mengenali pesakit yang mahu petugas ‘membebaskannya’.

Malah, pesakit juga mendakwa, dia yang dirawat di HPP sejak minggu lalu hanya datang untuk membuat saringan wabak pandemik sebelum ‘diangkut’.

JKNPP tampil beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah tampil menerangkan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham berlaku.

Menurut Pengarah JKNPP, Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit yang ditahan itu masih menjalani rawatan di ICU memandangkan keadaanya yang masih kritikal.

Tambahnya lagi, pesakit dimasukkan ke ICU selepas disahkan mengalami jangkitan tahap keempat dan berisiko menyebarkan wabak sekiranya dibenarkan pulang.

Pemeriksaan awal menunjukkan pesakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

Namun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritkal dan kadar oksigen darahnya hanya boleh distabilkan dengan bantuan mesin ventilator.

Telah maklumkan kepada keluarga

Selain itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa pegawai perubatan telah memaklumkan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit.

Namun, pesakit juga turut tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk pulang ke rumah.

Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya jika dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri.

Tambahnya, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU walaupun enggan menerima rawatan terapi oksigen.

Tepis dakwaan pesakit tidak diberi makan

Selain itu, muncul pula sebuah dakwaan bahawa pesakit tidak diberikan makan selama berada di ICU, namun pantas ditepis beliau.

Katanya, pesakit di ICU diberi makanan dalam bentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi.

Tambahnya lagi, pihak hospital akan sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit tersebut dan akan memberikan maklumat berkala kepada ahli keluarganya.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas