Connect with us

Oh! Media

Zamarul Hisham Dikejarkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas Ketika Penggambaran

Zamarul hisham sesak nafas ohmedia

Oh! Artis

Zamarul Hisham Dikejarkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas Ketika Penggambaran

Pelakon terkenal Zamarul Hisham berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Port Dickson.

Menurut laporan Kosmo, insiden itu berlaku sekitar pukul 2 pagi dan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Zamarul Hisham tidak pernah menghidap sebarang penyakit

Zamarul Hisham

Isteri Zamarul, Diana Rafar, turut berada berhampiran lokasi bersama anak-anak ketika kejadian berlaku. Dia bergegas ke tempat penggambaran sebaik dihubungi penerbit, Haji Zeel.

IKLAN

Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin dia terlalu penat bekerja. Syukur kami berada di Port Dickson dan dapat segera ke hospital malam itu.

Zamarul masih berada di ICU

Zamarul Hisham

Menurut Diana, Zamarul kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut. Dia masih sedar namun memerlukan rawatan intensif dan dijangka dirawat di hospital tersebut selama lima hari.

Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin dia terlalu penat bekerja. Syukur kami berada di Port Dickson dan dapat segera ke hospital malam itu.

#ApaKataOhMedia

Bila kita terlalu penat bekerja, badan kita pun tak boleh tahan dan akan mendatangkan pelbagai kesan buruk meskipun kita nampak sihat secara fizikal. Sama-sama kita doakan kesihatan Zamarul Hisham kembali pulih seperti sediakala.

Zamarul hisham sesak nafas ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ainin Sofia
Sentiasa mencari inspirasi dalam kehidupan seharian. Setiap pengalaman mempunyai cerita disebaliknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas