Connect with us

Oh! Media

‘Pengambilan Vaksin Buatkan Bilangan Warga Emas Masuk Ke Wad ICU Berkurang’ – DG Hisham

Oh! Tidak

‘Pengambilan Vaksin Buatkan Bilangan Warga Emas Masuk Ke Wad ICU Berkurang’ – DG Hisham

Individu yang telah melengkapkan vaksinasi masih boleh dijangkiti tapi untuk mereka menjangkiti orang lain mungkin rendah. Kebanyakkan dari mereka juga tidak menunjukkan gejala positif wabak tau.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti individu yang telah lengkapkan vaksinasi mendapat jangkitan tahap satu dan dua. Hanya beberapa individu sahaja yang mendapat jangkitan tahap tiga dan empat.

Bukan tu jer, warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas dimasukkan ke wad ICU juga berkurang sejak enam minggu lepas. Ini kerana kebanyakan dari warga emas telah mengambil vaksinasi.

Kita harapkan rakyat Malaysia tampil ke depan untuk dapatkan vaksinasi lengkap iaitu dua dos. Dua minggu selepas dos kedua akan terjana antibodi untuk perlindungan dalaman.

Dua kaedah perlindungan luaran dan dalaman yang kita laksanakan sekarang ini iaitu vaksinasi sebagai perlindungan dalaman dan amalan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlindungan luaran.

Jangan takut untuk ambil vaksin, tak sakit pun. Ini juga salah satu cara untuk kita mengurangkan penularan wabak ini selain mematuhi SOP yang telah diarahkan kerajaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top