Connect with us

Oh! Media

Selangor FC Nafi Terima Bantuan Wang Daripada ‘Pesaing’

selangor fc

Trending

Selangor FC Nafi Terima Bantuan Wang Daripada ‘Pesaing’

Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada pesaing dalam saingan Liga Malaysia sejak empat tahun lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Bayaran Gaji Pemain, TMJ Sebenarnya Dah Bantu Banyak Pasukan

Menerusi laporan Harian Metro, Kelab bola sepak Selangor di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 2018 dikatakan tidak pernah terima bantuan kewangan daripada kelab lain untuk menguruskan pasukan Selangor FC.

Raih untung dari aktiviti pengkomersialan

selangor fc

Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya mengenai perkara ini terutama dari kalangan penyokong skuad Red Giants, Dr Johan terpaksa memberi penjelasan berkaitan isu yang mengatakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah membantu Selangor sebanyak dua kali.

Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tunku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja.

Tunku Ismail juga sudah memberi penjelasan bahawa bantuan yang dikatakan itu diberikan semasa di bawah pegangan Dato Subahan, zaman Selangor masih hebat dan champion.

Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman-zaman Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih bersama expert bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas