Connect with us

Oh! Media

Isu Bayaran Gaji Pemain, TMJ Sebenarnya Dah Bantu Banyak Pasukan

Trending

Isu Bayaran Gaji Pemain, TMJ Sebenarnya Dah Bantu Banyak Pasukan

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini memutuskan untuk menaja kos penanaman rumput khas buat Stadium Nasional Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

Hadiah istimewa daripada TMJ itu akan menggunakan kualiti rumput sama seperti Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

BACA: TMJ Nak Taja Rumput Stadium Nasional, KBS Hargai Tapi Belum Ada Hitam Putih

Dalam sidang media selepas meninjau keadaan padang di SNBJ semalam, TMJ dedah sudah bantu sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Malaysia termasuk Selangor berkenaan isu pembayaran gaji pemain.

Memetik laporan Utusan, pasukan lain yang pernah dibantu TMJ adalah Penang FC, Kelantan FC dan Melaka United.

Saya tolong Selangor sebanyak dua kali, Kelantan dua kali, Penang FC sekali dan Melaka United sekali. Semuanya berkaitan isu gaji. Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia pun saya bantu.

Malah, pada Rabu lalu, Tunku Ismail telah membantu pasukan Perak FC yang kini berdepan isu kewangan yang tenat kerana gagal membayar gaji pemain dan kakitangan mereka.

Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC (tiga hari lalu), pihak pengurusan Perak FC ada datang berjumpa saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan untuk bantu mereka.

Tidak memaklumkan nilai sumbangan, TMJ berharap ianya dapat mengurangkan beban Perak FC dan masalah dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Dedah TMJ lagi, ramai tak tahu bahawa banyak pasukan telah dibantunya sepanjang terlibat dalam bola sepak tempatan.

Jelasnya, ramai yang tak mengetahui mengenai bantuan yang diberikan kepada pasukan terbabit kerana beliau tidak menghebohkannya kepada media.

Kredit: Utusan Malaysia | Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas