Connect with us

Oh! Media

Rogol Gadis Bawah Umur Sampai Lahir Anak Dalam Tandas, Lelaki Dipenjara 7 Tahun

Trending

Rogol Gadis Bawah Umur Sampai Lahir Anak Dalam Tandas, Lelaki Dipenjara 7 Tahun

Hari ini seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dua sebatan atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Lelaki Ditahan Rogol ‘Teman Wanita’ Usia 12 Tahun

Hakim Darmafikri Abu Adam telah menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Muhammad Haziq Ramdan yang berusia 20 tahun di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Rogol dan amang seksual

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Siantan pada akhir Februari yang lalu.

Pertuduhan kedua dibacakan dan tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium leher, memegang kemaluan mangsa pada tempat dan masa yang sama.

Kesalahan yang kamu lakukan ini adalah serius kerana membabitkan mangsa bawah umur 18 tahun yang mengandung dan melahirkan bayi. Saya juga mengambil kira peningkatan kes-kes sebegini di seluruh negara, justeru mahkamah perlu memberikan hukuman tegas sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang. – Hakim Darmafikri

Mangsa melahirkan seorang bayi di dalam tandas di rumahnya pada 18 November lalu dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Mahkamah bersetuju menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dua sebatan kepada tertuduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas