Connect with us

Oh! Media

Individu Lelaki Ditahan Rogol ‘Teman Wanita’ Usia 12 Tahun

Trending

Individu Lelaki Ditahan Rogol ‘Teman Wanita’ Usia 12 Tahun

Hari in seorang lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu, Kelantan atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Penceramah Bebas Beristeri Tiga Mengaku Tak Bersalah Atas 9 Pertuduhan Rogol Remaja

Tertuduh yang merupakan seorang pekerja buruh didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 4 pagi di sebuah bilik di Kampung Dalam Huma 23 Labok, Machang.

Dua pertuduhan

Lelaki berusia 24 tahun itu juga dituduh melakukan amang seksual di lokasi yang sama pada 17 Oktober dan 19 November. Namun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin mencadangkan agar tiada sebarang jaminan dikenakan kepada tertuduh. Mahkamah sebulat suara menerima cadangan itu dan sebutan semula kes akan diadakan pada 3 Januari depan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas