Connect with us

Oh! Media

Pesta Tukar Pasangan Di Indonesia Semakin Tidak Terkawal, Semakin Ramai Kena Penyakit

Ohmedia tukar pasangan indonesia

Oh! Tidak

Pesta Tukar Pasangan Di Indonesia Semakin Tidak Terkawal, Semakin Ramai Kena Penyakit

Kisah pasangan suami isteri yang terlibat dalam aktiviti tukar pasangan seksual atau dikenali sebagai ‘swinger’ baru-baru ini kecoh di Indonesia.

Aktiviti tidak bermoral ini dilaporkan telah berlaku sebanyak 10 kali di Jakarta dan Bali, menurut Pengarah Siasatan Siber Polda Metro Jaya, Kombes Roberto Pasaribu.

Di Malaysia pula, kes serupa pernah tular apabila seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, pada Disember lalu atas kesalahan menyebar dan menjual kandungan lucah berkaitan aktiviti swinger.

IKLAN

Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah risiko kesihatan yang dialami mereka selepas terlalu asyik melakukan aktiviti ini.

Risiko kesihatan seks bebas bukan perkara main-main!

Image

Menurut laporan Medical News Today, individu yang sering bertukar pasangan seksual berdepan risiko jangkitan penyakit kelamin yang jauh lebih tinggi. Kajian The English Longitudinal Study of Aging mendapati mereka yang mempunyai 10 atau lebih pasangan seksual sepanjang hidupnya, lebih berisiko untuk didiagnosis dengan kanser!

Antara penyakit dan risiko kesihatan yang dikaitkan adalah seperti HIV/AIDS, penyakit paling umum akibat seks bebas. Virus HPV juga boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser seperti kanser serviks, mulut, anus, zakar dan prostat. Selain itu, Hepatitis B & C, penyakit ini turut berpotensi untuk merebak melalui hubungan seksual tidak selamat.

Kenapa kita perlu ambil serius masalah ini?

Bukan sahaja kesihatan terjejas, aktiviti seperti ini juga mencerminkan keruntuhan nilai moral yang serius. Di saat masyarakat sepatutnya menjaga keharmonian keluarga, tindakan seperti ini hanya membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Ohmedia tukar pasangan indonesia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas