Connect with us

Oh! Media

Penunggang Basikal Dikecam Netizen, Cuba Pertahan Diri

Ohmedia bas penunggang basikal

Oh! Tidak

Penunggang Basikal Dikecam Netizen, Cuba Pertahan Diri

Penunggang basikal dakwa pemandu bas rapatkan kenderaan dan cuba tendang mereka.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang pemandu bas bertengkar dengan sekumpulan penunggang basikal. Ramai yang anggap penunggang yang cari pasal.

Tapi Caprice tampil berkongsi DM daripada salah seorang penunggang yang terlibat yang menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

Menurut pengguna IG @slmanfrish, kejadian itu bukan berlaku di lebuh raya seperti yang disangka.

IKLAN

The incident happened on the main road toward Paya Jaras, not on a highway.- Katanya.

Pemandu bas didakwa terlalu dekat, hampir langgar kumpulan mereka…

Penunggang Basikal

Perbualan itu turut mendakwa video sebenar bermula selepas pemandu bas membunyikan hon dan memotong terlalu dekat dengan mereka.

The video starts after the bus honked and squeezed past us, coming just inches away from hitting the riders.

BACA: Penunggang Basikal Dakwa Dihimpit Bas, Netizen Sokong Bas

Tambahnya, walaupun ada ruang di laluan kanan, pemandu bas tetap kekal pada laluan dan seolah-olah sengaja menakutkan penunggang.

The bus driver had space on the right lane but chose not to swerve, clearly acting aggressively on purpose.

Pemandu keluar dan cuba tendang salah seorang penunggang…

Penunggang Basikal

Situasi jadi lebih tegang apabila pemandu bas tiba-tiba berhenti dan keluar dari kenderaan.

Things escalated when the bus driver stopped, got out of the bus, and tried to kick one of the riders.

Inilah sebab mereka berhenti, bukannya nak cari gaduh seperti yang digambarkan. Rakan penunggang turut bertanya kepada pemandu bas, bukan untuk menuduh, tapi sekadar ingin tahu kenapa dia bertindak begitu.

Fellow riders questioned him and asked, ‘Why did you want to hit us?’, not ‘Why did you hit us.’

Sebab itu jawapan pemandu bas dalam video kedengaran seperti marah walaupun belum berlaku pelanggaran.

Jalan yang digunakan bukan jalan utama…

Penunggang Basikal

Mereka juga menegaskan bahawa rakaman menunjukkan mereka tidak berada di jalan utama dan tidak mengganggu trafik.

Penunggang itu akui mereka sedar ramai yang rasa tak selesa dengan basikal atas jalan. Tapi dia tekankan kali ini, pemandu itu memang bertindak keterlaluan.

Pendedahan paling mengejutkan ialah apabila mereka dapati pemandu bas yang sama pernah menerima aduan sebelum ini atas tindakan bahaya di laluan yang sama.

Pssttt! Apapun, ini dari pihak kumpulan basikal, kita nak jugalah dengar apa pula kata pemandu bas yang terlibat. Atau mungkin kita boleh juga ambil dari pengalaman penduduk sekitar kawasan itu juga. Bagi Ohmedia, jagalah keselamatan diri, jika kawasan yang kita lalui itu kurang sesuai untuk aktiviti kita, kalau boleh cuba elakkan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas