
Oh! Tidak
Penunggang Basikal Dakwa Dihimpit Bas, Netizen Sokong Bas
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang menunjukkan pertengkaran antara sekumpulan penunggang basikal dan pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.
Berdasarkan video itu, insiden bermula apabila sebuah bas dikatakan memandu terlalu dekat yang hampir melanggar sekumpulan penunggang berbasikal yang ada di bahu jalan.
Bas dikatakan terlalu rapat walaupun ada laluan kosong…
Kami menunggang basikal di laluan sebelah kiri sebelum datang pemandu bas yang memandu secara berbahaya menghampiri kami.- Dakwa salah seorang penunggang dalam video berkenaan.
Menurutnya lagi, pemandu bas tersebut menghimpit mereka walaupun laluan kanan ketika itu jelas kelihatan kosong.
Situasi itu mencetuskan ketegangan apabila salah seorang daripada mereka hampir terjatuh akibat jarak yang terlalu dekat.
Pemandu bas berhenti tepi…
Tidak terhenti di situ, penunggang berkenaan turut mendakwa bahawa pemandu bas itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, keluar dan bertindak lebih agresif apabila cuba menendang salah seorang ahli kumpulan mereka.
Selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, barulah dia berhenti mengamuk dan cuba menenangkan keadaan.- Tambahnya lagi.
Namun begitu, dalam video yang sama, dapat dilihat kumpulan penunggang basikal tersebut juga memprovokasi dan menyerang pemandu bas itu secara beramai-ramai.
Insiden semakin tegang, tetapi berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.
Netizen lebih berpihak kepada pemandu bas…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat lebih berpihak kepada pemandu bas berkenaan. Ramai menyalahkan penunggang basikal itu kerana didakwa menggunakan laluan yang tidak sesuai untuk aktiviti berbasikal, sekali gus membahayakan pengguna jalan lain.
Ada juga yang mempertikaikan tindakan penunggang yang menyerang secara beramai-ramai sedangkan situasi asalnya adalah berkaitan dengan keselamatan jalan raya.
Pssttt! Apa pun situasi, keselamatan di jalan raya bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Kalau kita berbasikal, pastikan laluan yang digunakan sesuai dan tidak mengganggu kenderaan lain. Begitu juga kepada pemandu, jangan mudah hilang sabar walau berdepan provokasi. Bertimbang rasa di jalan raya bukan sahaja elak kemalangan, tapi juga elak kita jadi bahan kecaman netizen. Jadilah pengguna jalan yang bijak dan bertanggungjawab.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
