Baru-baru ini, kisah seorang peniaga nasi goreng yang dikenali sebagai Abang Nasi Goreng tular di aplikasi Thread apabila beliau berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang pempengaruh yang menawarkan servis ulasan makanan dengan harga tidak masuk akal.
Menurut Abang Nasi Goreng, influencer tersebut menghubunginya untuk membuat ulasan, namun mengenakan caj ribuan ringgit, harga yang dirasakan terlalu tinggi bagi sebuah gerai kecil di tepi jalan.
Masuk akal ke caj harga macam tu?
Dalam hantaran tersebut, Abang Nasi Goreng mempersoalkan nilai caj yang dikenakan, menganggapnya tidak berbaloi dengan skala bisnesnya yang kecil.
Ada food reviewer makanan nak ulas gerai aku. Gerai aku ni tepi jalan je kau offer sampai ribu-ribu?! Yang dia offer bukan bawah RM3000 lah yang penting.
Kalau bayar mahal-mahal, aku dapat lebih 1 juta views okay juga. Aku ni gerai jalanan, bukan boleh absorb crowd gila-gila. Senang buat duit, makan dapat duit pun dapat. – Luahnya.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata warganet memuji sikap peniaga tersebut kerana memahami kemampuan bisnesnya dan menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai.
Sokongan padu warganet…
Reaksi warganet turut menunjukkan sokongan terhadap keputusan Abang Nasi Goreng yang enggan termakan dengan permintaan influencer. Mereka berpendapat bahawa caj ribuan ringgit untuk ulasan makanan tidak seharusnya dibebankan kepada peniaga kecil, terutamanya jika bisnes tersebut tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang besar.
#OhmediaNasihat
Tidak semua perniagaan sesuai dengan servis promosi berbayar yang mahal, terutamanya peniaga kecil. Bijaklah dalam memilih bentuk pemasaran yang bersesuaian dengan kapasiti perniagaan anda agar tidak terbeban dengan kos yang mungkin tidak memberikan pulangan setimpal.