Connect with us

Oh! Media

Pengarah Syarikat Perumahan Dakwa Rumah Dijual Serendah RM10, Netizen Persoal Sebab Tak Masuk Akal

rumah rm10

Oh! Tidak

Pengarah Syarikat Perumahan Dakwa Rumah Dijual Serendah RM10, Netizen Persoal Sebab Tak Masuk Akal

Berapa harga rumah mampu milik sekarang? Rata-rata rumah mampu milik sekarang boleh dikatakan tidak mampu milik sebenarnya. Ini kerana harga bulanan yang ditawarkan terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan gaji minimum rakyat ketika ini hanya RM1,500.

ADVERTISEMENT

Disebabkan berlakunya lambakan projek rumah yang rata-rata tidak mampu dimiliki rakyat Malaysia, ada juga syarikat perumahan yang tampil menawarkan harga yang murah dan tak masuk akal.

Macam baru-baru ni, ada syarikat perumahan yang menawarkan harga rumah serendah RM10 sahaja. Harga ini memang tak masuk akal tapi itulah apa yang ditawarkan dan disahkan Pengarah MRF Consultant, Dato’ Sri Siti Nur Atiqah yang dipanggil skim Rumahku Syurgaku.

Dakwa ada 3,000 buah rumah yang akan dijual pada harga RM10

Dalam video itu, Siti Nur turut disoal adakah berbaloi untuk mereka bangunkan sebuah rumah dan kemudian dijual pada harga RM10? Beliau kemudian mendakwa mereka memiliki 3,000 buah rumah pada harga RM10 dan telahpun mendapat tempahan yang tinggi.

Dalam Al-Quran sudah tertulis di mana pada akhir zaman memang akan terbukti Melayu adalah hamba yang paling kaya. Jadi harta-harta ini semua Allah sudah cipta pada akal fikiran dan kita yang kena cari. – Jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendakwa mendapat ilham tawar rumah RM10 ketika berada di hadapan Kaabah.

Ramai tak percaya rumah harga RM10

Ohmedia tak pasti apa yang ditawarkan syarikat perumahan ini betul atau tidak tapi hanya mampu nasihatkan korang untuk berhati-hati dalam membuat keputusan. Siasat dan fahami dahulu segala aspek sebelum membuat apa-apa keputusan sebab kita tidak mahu terjerat, terperangkap dan menyesal di kemudian hari.

Berdasarkan perkongsian video di Facebook Pseudoscience Watch ketika ini pula mendakwa unit rumah MRF Consultang RM10 tu sudahpun habis terjual dan sekarang mereka menawarkan pula rumah pada harga RM10,000 di seluruh negeri.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas